Skip to main content

Tuan Sham,

Apa khabar?. Harap tuan sihat selalu

Saya ingin meminta pendapat tuan tentang beberapa perkara.

Pertama sekali, saya telah memiliki kad kredit walaupun sebelum ini saya tidak pernah berfikir untuk memohonnya. Saya merasakan apa salahnya memiliki sekurang-kurangyanya satu kad kerdit untuk digunakan semasa waktu kecemasan. Namun, begitu, sehingga kini saya masih belum menggunakannya walaupun telah memperolehnya sejak 5 bulan yg lalu. Apakah pendapat Tuan tentang pendapat saya ini? Adakah saya perlu membatalkannya saja memandangkan saya jarang menggunakannya

Keduanya, saya bercadang utk meminjam wang daripada kedua ibu bapa saya untuk tujuan menambahkan pelaburan saya dalam pelaburan ASB. Saya bercadang utnuk membayarnya sacara bulanan kepada kedua ibu bapa saya. Adakah tuan merasakan tindakan saya ini wajar?. Namun begitu, sekiranya saya membuat pinjaman dari bank untk tujuan ini ( menambah pelaburan dalam ASB), saya akan dibelenggu hutang secara lansung ditambah pula dengan kadar faedahnya

Ketiganya, saya ada membuat polisi insurans untk tujuan perlindungan. Saya membayarnya sebanyak RM 150 secara bulanan. Namun begitu, kini syarikat insurans tersebut menawarkan polisi baru untuk ahlinya untuk tujuan menggalakkan ahlinya menyimpan wang. Polisi ini menawarkan ahlinya menyimpan wang sehingga tempoh 5th dan juga 8th dengan menawarkan pulangan yang lebih tinggi nilainya dari ASB pada setipa tahun. Saya perlu membayarnya RM 500 setiap bulan untuk tempoh 5 th sekiranya saya mengambil polisi ini. Apakah pendapat tuan tentang perkara ini? Apakah pertimbangan yg perlu saya buat sebelum memutuskan untuk mengambil polisi ini?

Harap maaf kerana menggangu tuan dengan mengaju perbagai soalan. Berbanyak terima kasih dan berharap Tuan sentiasa murah rezeki

Andy

———————-

Terima Kasih Tuan Andy, semoga Tuan juga sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan tenang

Satu dari matlamat Shamsuddin Kadir.com yang sentiasa diwarwarkan adalah untuk melihat pengunaan kad kredit ditukar kepada kad debit secara sepenuhnya di Malaysia. Ini dapat memastikan tiada lagi yang tertipu, yang dibebani ataupun yangterperangkap dengan perangkap kewangan.

Mengunakan ataupun menyimpan kad kredit untuk kecemasan sebenarnya mengalakkan diri kita menjadi orang yang tidak ada duit simpanan dan menjadikan diri kita sentiasa bergantung kepada duit orang lain.

Selagi kita ada kad kredit, selagi itu kita ‘terpaksa’ bergantung kepada tongkat. Apabila tongkat itu sudah tiada kita menjadi lumpuh.

Meminjam duit ibubapa bagi dilaburkan di dalam akaun perlaburan yang berisiko rendah itu adalah satu kaedah yang bagus juga dan membayar kepada mereka secara ansuran bulanan. Yang pertama Tuan tidak perlu menangung kos faedah. Tentang perlaburan dalam ASB  itu tidak dapat saya huraikan, kerana pelaburan dalam ASB itu ada kaitan dengan halal dan haram dari sudut syariah. Tuan boleh rujuk, ke halaman Ustaz Zaharuddin.net bagi maklumat terkini. 

Berkenaan dengan Insurans, tiada cadangan dari saya. Apabila ekonomi Amerika runtuh, antara syarikat yang menangung kerugian lebih dari 50 billion adalah syarikat Insurans.

Shamsuddin Kadir

info@shamsuddinkadir.com

Leave a Reply