Apabila kita ada prinsip hidup yang jelas, salah satu dari kebaikannya adalah ianya menghalang kita dari berbelanja di luar dari apa yang kita mampu bayar.
Prinsip hidup dapat diperkukuh apabila kita banyak membaca buku dan ada ramai mentor. Prinsip hidup yang menjadikan kita lebih berdisiplin dalam tindakan berbelanja.
Ada segelintir peserta kursus yang telah mengikuti kursus Dimensi yang masih tidak meninggalkan tabiat berbelanja di luar batasan. Apabila ditanya kenapa, beliau memilih untuk ‘menikmati hidup’. Baginya, berbelanja sehingga semua dari wang gajinya adalah satu kepuasaan hidup.
Kita boleh menghadiri pelbagai kursus, kita boleh membaca pelbagai buku, kita boleh mempunyai banyak mentor, akan tetapi tiada sesiapa yang boleh mengubahkan kita selain dari diri kita sendiri.
Apabila kita masih dengan tabiat lama, hasil yang kita dapat pun tetap sama. Jika kita mahukan hasil yang berlainan ataupun yang lebih, perkara paling asas yang kita perlu kukuhkan adalah prinsip.
Terima kasih kerana sudi mengingatkan.Selalunya akibat mengikut hawa nafsu kita sering lupa. Hanya Allah yg akan membalas jasa Tuan Sham yg sentiasa tidak jemu memberi motivasi kpd saya.