Semakin banyak barangan hiasan terutama dari China yang dibawa masuk dan dijual di Malaysia dengan harga yang ‘murah’. Walaupun harganya yang kita fikirkan murah, adalah ianya satu keperluan ? Barangan kehendak yang ada diluar sana tidak akan dapat memuaskan nafsu ataupun keinginan kita sampai bila-bila. Ini kerana kita tidak akan mampu memenuhi setiap keinginan kita kerana akan dibatasi oleh duit dan masa. Terlalu banyak barangan hiasan dari hari ke hari, adalah mustahil bagi kita memiliki kesemuanya.
Barang hiasan adalah yang barang yang kebanyakannya tidak meningkatkan kualiti hidup kita. Ianya lebih kepada mengambil ruang sama ada di rumah ataupun pejabat kita. Hanya beberapa barangan hiasan yang dapat membantu menyegarkan kita yang baik bagi dimiliki. Cenderamata kenangan seperti pergi makan angin ataupun hadiah di atas kejayaan kita mencipta sejarah di dalam hidup.
Ketika ini juga banyak barangan antik ataupun terpakai dijual semula melalui gerai-gerai yang tumbuh seperti cendawan pada hujung minggu. Bisnes seperti ini sudah seperti menjadi satu keperluan utama dalam masyarakat bandar besar. Car boot sales, jualan hujung minggu dan sebagainya bagi menjenamakannya.
Sebelum kita membeli barangan yang dijualkan semula itu, kita perlu memikirkan kenapa mereka ingin menjualkannya selepas memilikinya? Banyak individu yang menjualkan barangan tersebut kerana sudah tidak ingin memilikinya kerana :
1. Tiada ruang bagi menyimpannya kerana ianya menyempitkan lagi ruang rumah
2. Barang itu tidak mendatangkan ‘kualiti hidup’
3. Menyesal kerana membelinya dahulu
4. Ingin mencari duit bagi menampung kos sara hidup
5. Sudah tidak minat lagi dengan barangan sebegitu
Apabila kita membeli barangan tersebut, kita dengan rela hati bersetuju memindahkan bebanan penjual kepada kita. Apabila tiba satu masa, dilema di atas turut berlaku kepada kita dan kita juga ingin menjualkannya kembali.
Seperti rumah lelongan, berhati-hati jangan sampai kita membeli bebanan orang lain. Sebahagian dari rumah yang dilelong, ianya sebenarnya bagi melepaskan bebanan dan bukannya mesin cetak duit kepada kita.
Barangan hiasan dan antik secara amnya tidak membantu kita meningkatkan kualiti hidup kita. Walau bagaimanapun jika kita ada minat di dalam barangan sedemikian, beli apa yang perlu sahaja supaya ianya tidak menjadi bebanan kepada kita selepas mengeluarkan duit memilikinya.
Seperti mana apabila kita membeli kereta antik, kita perlu berani dan menerima hakikat jika kereta itu mati down di tengah jalan.
Halaman ini mengalu-alukan bagi membeli barangan keperluan terpakai seperti buku, komputer, kabinet dan sebagainya bagi mengurangkan kos jika perlu.