Apabila kita melihat kos hidup kita setiap bulan ataupun secara tahunan, kita akan dapati kita sudah membelanja bagi keperluan dan kehendak. Adakah kita berpuasa hati dengan duit yang dibelanjakan dengan kehendak dan masih meninggalkan memori indah?
Ada individu yang lebih suka membeli DVD Player dan seterusnya membeli DVD movie pada setiap bulan tanpa tertinggal. Menonton wayang bersama keluarga, makan di makanan segera dan membeli handphone baru setiap kali keluarnya model baru. Ini di antara kehendak yang bukannya keperluan. Adakah kita masih merasa seronok apabila diceritakan lagi tentang movie yang kita tengok sekeluarga? Apakah perasaan kita setiap kali kita membicarakan tentang handphone yang kita sudah beli sejak pertama kali mengunakannya.
Kebiasaannya melayani kehendak seperti di atas hanya memberikan kita kepuasaan kita kita memilikinya. Contohnya, makan makanan segera hanya membuatkan kita rasa puas untuk sementra waktu dan akhirnya rasa sedikit menyesal di atas duit yang dibelanjakan. Proses ini berulang lagi apabila kita melayani lagi kehendak tersebut.
Begitu juga menonton movie dari DVD yang baru dibeli, ianya hanya memberikan kita kepuasaan ketika menontonnya, itupun jika movie itu menarik. Jika kita melihat kembali lambakan DVD di rumah kita, kadangkala timbul rasa menyesal terutama ketika kita tiada duit.
Perkara yang boleh membuatkan kita rasa lebih gembira dan memori itu dapat diulang-ulang pada setiap masa dan membantu memotivasi kita ketika berduka adalah pergi melancong. Peruntukan duit-duit yang dapat diselamatkan dari dibelanjakan bagi DVD, makanan segera dan barangan hiasan yang tidak perlu digunakan bagi membiayai percutian sekeluarga.
Kita membelanjakan duit bukan di sini tetapi di sana iaitu di destinasi percutian kita. Tempat seperti Kundasang yang berhampiran dengan Gunung Kinabalu dan Ranau merupakan satu dari tempat percutian yang sejuk dan tenang. Dengan tiket kapal terbang bajet kita boleh mendapatkan kos seorang sebanyak RM200 pergi dan balik.
Bagi individu yang hidup terutama di bandar, tekanan yang dihadapi semakin tinggi dan merehatkan minda di tempat seperti itu membuat kita tenang. Bagi menikmati rasa tenang yang berpanjang, bawa kamera bersama supaya kita dapat mengambil gambar. Jiwa yang kacau dapat kembali tenang apabila mengimbas kembali memori yang indah itu. Gambar yang diambil dan diletakkan ditempat yang sesuai di rumah dan pejabat memberikan kita kebebasan untuk menikmati hidup yang ceria sepanjang masa.
Bawa buku bersama ketika kita melancong.
Salam Sifu Sham,
Ya betul tu.. Nafsu tu menguasai untuk segalanya…
Tapi jika berbelanja untuk ilmu ia akan menambah nilai diri kita betul tak Sham?
p/s: Saya selalu bawa buku yang saya nak baca ke mana dan apabila terluang, saya akan baca. saya dapati banyak perubahan positif dalam hidup saya… 🙂
http://glowglokal.com/blog
Salam ..
Memang sukar nak mengawal kehendak/ godaan/ nafsu atau apa jua panggilan lain untuknya.
Malah ada pelbagai versi yang boleh kita dengar bila orang sanggup berbelanja pada barangan kehendak ini .. antaranya:
~ dah penat kerja cari duit, apa salah manjakan diri.
~ minat kita kat situ .. memang sejak dari muda lagi dah biasa, dah tak boleh nak tinggal
~ Hidup kena ada perubahan .. dulu rumah kecik skrang dah mampu dok rumah besar sikit.
~ Kesian kat anak/isteri, asyik terperap je …tu yang kena bawa jalan2 makan angin.
Tetapi bagi yang agak tahan pada godaan hidup, mereka terus bersabar dan mencari modal maka mereka akan gunakan alasan yang lain seperti:
~ saya mahu peningkatan dalam hidup dan biarlah perlahan tetapi pasti wang bukan lagi masalah diusia saya 40 tahun.
~ perlu buat pilihan dalam hidup : gain more or dream less…
~ belum tiba masanya untuk saya bersuka ria kerana belum mampu lagi untuk itu …