Skip to main content

Filem-filem aksi yang dihasilkan terutama dari barat sejak dari filem aksi ‘Rambo’ yang memaparkan bahawa orang Amerika hebat dapat mengalahkan musuh  seperti di Afganistan dan Vietnam dengan hanya mengunakan khidmat seorang ‘hero’. Rambo berjaya menghancurkan tentera Rusia seperti di dalam filemnya. Apabila kita melihatnya secara purata kita mengambarkan kita yang menjadi Rambo ‘kelahiran bibit-bibit riak’ di hati.

Yang peliknya, ketika perang di Iraq beberapa tahun yang lalu, kenapa Amerika tidak menghantar ‘John Rambo’  sahaja bagi mengalahkan Saddam Hussein!

Petang tadi sempat saya melihat satu lagi filem aksi yang dilakonkan oleh Bruce Wilis (kalau tidak salah). Ianya menunjukkan dia boleh melompat di atas sebuh jet perang Amerika yang sedang bergerak, sewaktu jambatan lebuh raya yang dia sedang berada runtuh. Apabila saya menanyakan kepada seseorang, adakah Tuan juga turut merasakan seolah Tuan yang melakukan aksi itu? Beliau berkata ya. Saya menanyakan lagi, kita masih bercita-cita melakukannya sesuatu yang orang lain nampak kita hebat, walaupun ianya tidak logik? Beliau mengganguk  dan berkata Ya.

Jika dikaji duit-duit yang digunakan bagi membeli VCD, DVD, dan menonton wayang bagi melihat filem-filem sedemikian, adakah ianya telah mengubah kehidupan kita setelah sekian lama kita menyaksikannya? Yang mengubah kita hanyalah duit kita semakin berkurang. Kita mungkin lebih mengerti ketika sudah tiada lagi duit semewah dahulu, terasa bebanan bila di lihat dengan DVD, VCD dan tiket wayang yang sudah bertimbun itu.

Orang yang hidup lebih awal dari kita juga sudah melaluinya dan hidup mereka juga tidak berubah masih tidak berjaya menjadi ‘John Rambo’ di alam nyata sehinggalah mereka dijemput oleh Tuhan supaya kembali bagi dibicarakan tentang aktivitinya di atas dunia.

Riak adalah satu dari sifat di antara paling bahaya di dalam kehidupan manusia yang bertuhankan Allah. Hidup kita masih maju, masih kehadapan walaupun kita tidak membelanjakan satu sen pun duit bagi filem aksi yang tidak berpijak dibumi nyata.

Bagi memahami dengan lebih jelas dan mudah, dipersilakan kepada Tuan dan Puan bagi melakukan aktiviti di bawah :

1. Beri anak kita menonton sebuah filem aksi ‘action’ dan selepas habis, suruh anak kita menulis satu paragraf tentang apa komen dan perasaannya tentang cerita itu.

2. Langkah kedua, berikan kepada anak kita buku ‘Biskut Ajaib ataupun Garaj Aiman’ dan suruh dia membacanya dan sebaiknya pastikan beliau menghabiskan dalam masa seminggu. Selepas habis, suruh anak kita menulis satu paragraf tentang apa komen dan perasaannya tentang cerita dalam buku itu.

Dari aktiviti ini kita dapat melihat sesuatu. Jika kita masih tidak jelas, kita boleh melakukannya sendiri dengan melihat sebuah filem aksi dan selepas tamat tulis komen dan pandangan kita tentang filem tersebut. Seterusnya baca buku “Hidup Tenang Walaupun Berhutang” ataupun mana-mana buku yang di maklumkan di dalam halaman ini dan tuliskan komen ataupun pandangan kita. Adakah buku itu memberi ‘ilmu’ baru kepada kita yang boleh kita manfaatkan?

Adakah kita tidak enjoy apabila tidak menikmati filem-filem aksi? Banyak lagi aktiviti yang benar-benar memberikan kita happy dan enjoy dengan menjadikan kita hero /heroin di dalam filem kehidupan yang kita juga menjadi pengarahnya. Setiap cabaran dan kejayaan yang kita lalui itu adalah filem aksi yang sebenar di alam yang sebenar.

Bagi yang mendorong diri sendiri berjaya, sudah pasti menikmati aksi yang lebih mencabar setiap kali membaca buku-buku yang memberi inspirasi dan juga berguru dengan mentor-mentor yang hebat.

One Comment

  • lin says:

    memang tabiat manusia sukakan perkara yg menghiburkan dan lalai.Dalam mencari ilmu hanya org yg ada kesedaran dan kemahuan yg sanggup berusaha utk berjaya dunia dan akhirat.

Leave a Reply