Alhamdulilah program bicara buku berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Bicara buku bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 3.00 petang.
Hari ini bicara buku lebih tertumpu kepada buku-buku dalam siri memulakan bisnes sendiri untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.
Ramai juga hadirin yang agak terkejut, apabila bicara ini mengalakkan anak-anak bagi memulakan bisnes sendiri di sekolah rendah.
Seorang kanak-kanak yang lahir pada tahun 1930, memulakan bisnes ketika berumur 5 tahun, dan membeli saham yang pertama ketika berusia 11 tahun iaitu pada tahun 1941 di mana kita masih dijajah oleh Jepun. Belum sempat minda kita dibebas sewaktu di jajah, ada orang lain yang masih kecil sudah melabur membeli sahamnya. Ketika beliau berusia 13 tahun, beliau sudah menfailkan borang pendapatan cukainya yang pertama ‘file income tax’.
“Sebahagian dari apa yang kita capai pada hari ini, adalah disebabkan oleh angan-angan kita pada suatu ketika dahulu”
Jika untuk beberapa tahun sebelum ini, beliau hanya menduduki carta kedua orang yang terkaya di dunia. Kini beliau sudah menjadi orang yang paling kaya di dunia sejak tahun 2008. Beliau adalah Warren Buffet.
Buku BISKUT AJAIB dan buku Garaj Aiman adalah dua buku dalam siri bagi menjadikan anak-anak ataupun kita orang yang berjaya mengikut acuan yang dibenarkan oleh Tuhan.
One Comment