Skip to main content

En. Samsuddin, Saya ingin bertanya dalam menjalankan perniagaan MLM, dalam masa kini kita dalam usaha untuk banyakkan penggunaan barangan tempatan untuk menyahut kempen pelanggan bijak, tetapi saya rasa seolah-olah saya jadi pelanggan terpijak kerana saya menjadi ahli kepada satu perniagaan MLM yang membekalkan barangan suci lagi halal.

Terpijaknya kerana haraga barangan tersebut adalah agak mahal, contoh seketul sabun yang kecil sahaja saiznya berharga RM5.00. Untuk kegunaan keluarga saya seketul sabun itu boleh bertahan 4 @ 5 hari sahaja, kalau sabun jenama lain saiz lagi besar tetapi harganya lebih murah dan untuk keluarga saya boleh bertahan 10 @ 12 hari.selama saya menggunakan barangan secara MLM ini kos perbelanjaan saya telah meningkat 200%.

Untuk pengetahuan En. Samsuddin saya memang telah uruskan perbelanjaan secara sampul surat dan saya pastikan simpanan saya mesti 30% setiap bulan. .

Tetapi kini saya telah bersara dan pendapatan saya telah hilang  50%, perbelanjaan saya dari wang pencen memang deficit.

Untuk panduan saya tetapkan satu amaun besar untuk simpanan ASB dan amaun itu tidak akan diusik. Masalah saya sekarang deficit berlaku tiap-tiap bulan dan saya terpaksa guna duit saving lain hinggakan sekarang saving saya telah susut.

Untuk makluman tuan saya tak ada hutang lain. Untuk tambah pendapatan saya sedang usaha untuk menjadi agen Takaful. 

Minta pertolongan tuan bagi memberi pandangan supaya saya tak keliru lagi dalam perniagaan MLM dan mengawal perbelanjaan harian supaya tak lagi deficit.   

Daripada: Puan Zainab

2 Comments

  • Thinkerich says:

    Puan Zainab,

    Untuk makluman puan konsep perniagaan MLM sememangnya begitu…
    Syarikat akan mempromosikan pengguna bijak dengan membeli barangan buatan Malaysia dan juga membeli barangan yang dikeluarkan oleh syarikat MLM yang puan sertai dengan alasan puan akan mendapat balik point atau komisyen hasil daripada pembelian tersebut.

    Masalahnya dalam sistem MLM, syarikat terpaksa ‘Mark Up’ harga yang tinggi daripada modal asal mereka untuk dibahagikan kepada :-

    1)margin atau keuntungan untuk syarikat itu sendiri
    2)margin untuk bayaran komisyen kepada upline
    3)margin untuk bayaran komisyen kepada downline (iaitu spt Puan sendiri)

    Semoga saya dapat membantu puan.

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

    PemikirKaya Dot Com

  • julia says:

    adakah membuat perniagaan MLM ini sesuatu yg menguntungkan ?…. banyak telah saya mendapat nformasi, walaubagaimanapun saya masih ragi -ragu utk joint …….
    adakah saya akan rugi kemudian hari kerana tidak bersama-sama dalam MLM

Leave a Reply