Skip to main content

Apabila kita didatangi ataupun dihubungi oleh seorang Jurujual yang katanya ada membawa berita baik untuk kita. Dengar dahulu dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan berita baik itu dan jika tidak memahaminya dapatkan jurujual itu menjelaskan dengan lebih lanjut. Jika produk ataupun servis yang ingin dijualkannya itu kita tidak memerlukan sebelum kita bertemu jurujual itu, sudah pasti kita juga masih tidak memerlukan produk ataupun servis berkenaan walaupun jurujual itu datang dengan berita baik. 

Ada yang menghubungi kita bagi menambah pakej yang telah kita sertai sebelum ini, dengan harga bayaran yang jauh lebih baik jika kita pergi mendapatkan diluar. Mereka akan berkata, anda diantara pelanggan ‘@#$%” yang bertuah dan terpilih bagi mendapatkan penjimatan yang berganda dengan tawaran pakej tambahan ini.

Ucapkan terima kasih kepada mereka. Apabila kita bersetuju kita telah membeli sesuatu yang kita tidak perlu dan ini akan menambahkan lagi koleksi produk ataupun servis yang membazir yang ditangung pada setiap bulan.

Pelbagai kata-kata yang menyedapkan akan diluahkan bagi menyakini apa yang mereka kata. Kebanyakan jurujual yang ada di luar sana, mempromosikan produk yang sah, tetapi ianya bukan pilihan terbaik untuk kita.

Banyak jurujual ataupun telemarketing yang menghubungi kita bagi menawarkan pakej Insurans bagi yang memiliki kad kredit, pakej perlancongan, Kad Melancong yang berpakej.

Antara kata-kata yang mereka ucapkan adalah ” Tuan perlu buat keputusan sekarang, pakej ini tidak lagi dapat dinikmati selepas ini”. Ini bagi memastikan kita membuat keputusan terburu-buru sebelum dapat memikirkan secara rasionalnya, sama ada kita perlu ataupun tidak produk tersebut.

One Comment

  • zass says:

    Kita memang mudah dimanipulasi dalaam keadaan terdesak atau terburu-buru namun jika kita dapat sedar dengan cepat dan sentiasa dalam keadaan beringat .. pasti keadaan ini dapat dielak.

Leave a Reply