Siaran ulangan ‘Perangkap Kewangan’ di TV3 pada pagi tiadi sejak 5.30 pagi tadi. Terima kasih kepada Puan Roszita dari Waiz (Malaysia) Sdn Bhd (www.waizmalaysia.com) yang telah menghubungi saya sebentar tadi.
Ianya adalah sebahagian perangkap kewangan yang ada di luar sana. Contohnya, kenapa pinjaman kereta ditawarkan sehingga 12 tahun? Sedangkan tempoh pinjaman maksimun bagi seseorang mengambil pinjaman adalah 4 tahun sahaja.
Skim ansuran mudah adalah bukan sahaja perangkap kewangan tetapi adalah kanser kewangan. Hidup orang yang dikelilingi skim ansuran mudah tidak akan senang dan tenang semasa di dunia dan juga akan merana di akhirat jika skim yang diambil berlandaskan riba sistem konvensional. Sementara kita masih ada peluang ini, gunakan peluang bagi menjauhi ataupun membebaskan diri dari skim-skim ansuran.
Terima kasih juga kepada Tuan Fasil penerbit motivasi pagi TV3 yang memberikan peluang dan ruang. Tidak dilupakan Dato’ Mustaffa yang memberikan kebenaran rakaman dibuat di halaman luar kediaman beliau.
Skim ansuran memang dilihat sebagai satu jalan mudah untuk memiliki sesuatu barangan idaman tetapi dari segi jangka panjangnya ia sangat membebankan pembeli yang gemar berhutang dan membeli beberapa produk secara ansuran bulanan. Maka bertindak bijaklah sebagai pengguna dengan mengatur corak perbelanjaaan kehidupan kita.