Salam.
Saya dan suami saya amat terkilan kerana tempoh hari saya mendaftar untuk menghadiri bengkel yang tuan anjurkan tetapi tiada balasan/jawapan daripada pihak tuan. Kemungkinan peserta sudah mencukupi dan pihak tuan tiada masa untuk menjawapnya.
Saya juga telah beberapa kali cuba memberi komen di blog tuan tetapi tidak berjaya sedangkan suami saya ada juga memberi komen di blog tuan tetapi berjaya. Saya amat berharap suatu hari nanti saya bisa menghadiri kursus/bengkel yang tuan jaya kan
AM
————————
Salam,
Kami memohon maaf di atas situasi yang di hadapi oleh Puan dan suami. Sebenarnya kami tidak dapat mengesan akan kehadiran emel dari Puan.
Komen di halaman www.shamsuddinkadir.com biasanya akan melalui proses semakan bagi kali pertama sebelum ianya diluluskan. Sehingga kini, pihak kami belum menerima diskusi kuliah yang berdaftar di atas nama Puan. Puan boleh mencuba lagi, kami sudah membuat semakan, sistem blog ini berfungsi dengan baik.
Bagi kursus pada 28 Februari dan 28 Mac ini masih ada kekosongan, Puan dan suami boleh membuat pendaftaran dengan mengemelkan ke info@shamsuddinkadir.com butiran peribadi seperti nama penuh, alamat emel, dan nombor telefon.