Skip to main content

Disalin dari  salah satu dari diskusi kuliah di dalam blog www.shamsuddinkadir.com

Assalamualaikum Tuan,

Pada 1/1/2009, saya telah membeli sebuah rumah yang berharga RM 101,000.00. Sekarang ni masih dalam proses menguruskan pinjaman melalui bank.

Macam-macam kata-kata yang memomokkan saya berkaitan dengan kegawatan 2009 ni. Ada yang kata tak bagus beli property ketika gawat….pendekkata macam2 cerita.

Bodoh, tak de otak, tak boleh fikir…antara kata yang di ‘hadiah’kan untuk saya.

Reaksi saya diam saja walaupun rasa agak marah. Rancangan memebeli rumah kedua ni di ketahui bila pihak bank menelefon utk “confirmation”.

Saya yakin dengan apa yang saya buat. Jadi tak hiraukan apa orang lain kata, sebab yang saya tahu orang yang berkata tu bukan pakar sangat dalam hal ehwal kewangan. Macam saya juga. Lagipun bukan saya gunakan duit diorang yang mengata tu.

Jadi bolehkan tuan beri sedikit pendapat atau nasihat tentang hal ni. Sekadar ingin tau saja. Untuk pengetahuan Tuan Sham, rumah ini adalah rumah kedua kami suami isteri. Rumah pertama telah langsai hutang bank dengan membuat pengeluaran KWSP pertengahan tahun 2008.

Terima kasih.

Wati

——————————

Salam,

Pertama-tamanya tahniah kepada Cik Puan kerana sudah menyelesaikan pembiayaan rumah pertama. Semoga ianya menjadi aset berharga dalam mencari keredhaan Allah di dunia dan Akhirat.

Tahniah juga kepada Cik Puan kerana membeli rumah kedua. Semoga usaha membeli rumah akan diteruskan lagi di masa depan. Beli sebanyak mana rumah asalkan pembiayaan yang diambil mengikut apa yang Allah halalkan. ‘Syariah compliant’.

Adakah tahun 2009 masa terbaik bagi membeli rumah?

  • Jika boleh tunggu, tunggu dan selepas itu baru beli
  • Jika boleh beli, beli dan selepas itu tunggu

Cik Puan, beli rumah kena lihat kemampuan kita, jika kita mampu menunggu kerana duit kita terlebih banyak ataupun kerana kita tiada duit bagi membelinya hari ini, kita tunggu.

Akan tetapi, jika kita ada duit, gunakan peluang ini bagi memiliki rumah. Sewaktu setengah orang ‘mengatakan tahun 2009 tahun gawat’ inilah tahun kita membeli di kala orang lain menjual.

Tentang rakan-rakan yang memberikan kita ‘hadiah’ bersangka baiklah dengan mereka seperti mana Iman Ghazali berpesan. Hadiahkan kepada mereka dengan doa ataupun jika Puan tidak kisah, hadiahkan kepada mereka dengan buku ‘Kaya Dengan Rumah’. Seperti mana apabila orang membaling batu kepada kita, balingkan kepada mereka tetapi bukan batu tetapi ‘roti’ ataupun sebiji benih yang menghasilkan sebuah pokok yang ranum iaitu buku yang memberi manfaat. Insyaa-Allah Cik Puan melihat suatu perubahan besar kelakuan mereka. Biasanya mereka akan mengucapkan terima kasih kepada Cik Puan selepas membacanya.

Yakinlah dengan tindakan tuhan, Insyaa-Allah setiap usaha itu diberi pahala walaupun gagal di separuh jalan. Orang yang tidak berusaha sudah pasti gagal dan tidak diberi pahala oleh Allah. Seperti mana burung Pipit yang cuba memadam api yang sedang membakar nabi Allah Ibrahim.

Sekali lagi Tahniah untuk Cik Puan di atas kejayaan membeli sebuah rumah lagi dengan pembiayaan yang diredhai oleh. Semoga hidup Cik Puan sentiasa dirahmati Oleh Allah sepanjang masa di dunia dan Di Akhirat.

SK

Leave a Reply