Salam Tuan SK,
Saya Nor salah seorang peserta bengkel tuan yang diadakan pada 24 Jan 2009. Pada hari tersebut saya berkesempatan membeli buku-buku karya SK (6 buah kesemuanya). Tujuan utama saya membeli buku itu selain untuk diri saya adalah untuk anak-anak saya.
Tahniah! Buku Biskut Ajaib dan Garaj Aiman telah menarik minat anak lelaki saya untuk terus membaca buku-buku keluaran SK. Dimanakah boleh saya dapati buku-buku sedemikian ?
Maksud saya selain karya SK mungkin tuan SK boleh mencadangkan kepada saya tajuk buku-buku yang patut saya cari untuk anak lelaki saya.
Tulisan tuan SK dalam buku Makan Gaji tetapi Kaya benar-benar memberi kesan yang memdalam pada diri saya. Walaupun buku itu belum sempat saya habiskan tetapi ianya membuatkan saya ingin mengubah hidup saya supaya keluar dari kepompong makan gaji. Berbagai perasaan yang timbul semasa saya membaca buku tersebut. Rasa sedih, takut, kecewa dalam macam-macam lagi. Mudah-mudahan akan ada petunjuk untuk saya jalankan perkhidmatan urutan seperti yang saya angankan.
Selain dari bengkel yang telah tuan adakan, saya amat berharap agar suatu hari nanti tuan SK dapat mengadakan seminar yang yang mana mungkin dapat memberikan tips-tips atau motivasi yang khusus bagaimana untuk menjadi usahawan serta macamana untuk menghadapi kegagalan dalam permulaan perniagaan. (seperti yang tuan katakan akan ada sumpahan dalam jangkamasa 3 tahun
semasa kita memulakan perniagaan)
Sekian terima kasih.
———————
Salam Puan Puan Nor,
Terima kasih, saya bersyukur apabila buku itu mencapai matlamatnya dan memberi manfaat kepada anak lelaki Puan itu supaya terus meminati ‘buku yang berilmu’. Insyaa-Allah saya akan mencadangkan buku-buku lain nanti. Di persilakan Puan bagi mengikuti perkembangan semasa di blog ini. Insyaa-Allah saya akan dipaparkan di halaman ini.
Buku Makan Gaji Tetapi Kaya merupakan buku “Dilema Seorang Pekerja” terutama yang makan gaji dan membelanjakan semua duit gajinya pada setiap bulan. Bagaimana kita dapat hidup sebagai seorang pekerja dan ceria sepanjang masa. Ianya juga buku bagi mengalakkan sebahagian dariapda masyarakat kita bagi mengenali bakat kita yang sebenar.
Insyaa-Allah dalam tahun 2009 ini, jika ramai ingin menghadirinya, pihak SK boleh menganjurkan seminar berkaitan dengan dunia bisnes iaitu menghadapi kegagalan dan sumpahan keramat 3 tahun yang perlu dilalui oleh setiap usahawan. Seminar ini boleh dipercepatkan jika ada di antara peserta yang telah menghadiri sebarang program yang dianjurkan oleh SK bagi menjadi ‘Event Organiser’.
Puan terima kasih sekali lagi, saya berterima kasih kepada Allah yang telah menambah-nambahkan lagi kebaikan yang datang mendadak kepada kita semua.