Rabu 28 Januari 2009, saya akan membicarakan isu pekerja yang akan diberhentikan kesan dari kegawatan ekonomi dunia di Malaysia Hari Ini, TV3.
Insyaa-Allah peluang-peluang kedua yang ada kepada pekerja yang sudah dan bakal diberhentikan akan bicarakan di dalam segment tersebut. Insyaa-Allah semua rakaman terdahulu bersama dengan MHI, TV3 akan dipamerkan di halaman ini nanti. Terima kasih kepada Tuan Hazali dan Puan Roszita dari Waiz Malaysia Sdn Bhd yang sudi membuat rakaman bagi setiap bicara di MHI.
Waktu bicara tersebut bakal ke udara biasanya antara jam 7.30 sehingga 8.30 pagi. Mengikut jadual yang dirancangkan ianya bakal di ke udara pada pukul 7.45 pagi. Bicara tersebut mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja.
Terima kasih kepada Puan Fenda dari TV3 yang menjemput saya membicarakan isu peluang kedua bagi pekerja yang dibuang kerja akibat situasi ekonomi sekarang. Ini merupakan bicara yang keempat hasil dari jemputan Puan Fenda sejak 28 Oktober 2008 yang lalu.
Kepada Tuan dan Puan yang ada kelapangan boleh menontonnya dan turut terlibat di dalam bicara berkenaan dengan menelefon kepada penerbit TV3 sewaktu program itu ke udara jika talian dibuka untuk para penontonnya.