Skip to main content

Sehingga ke hari ini, kita selalu mendengar rintihan dan rungutan ibubapa yang ada anak-anak yang tidak berjaya mendapat 5A di dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Ada juga ibubapa ada anak yang mendapat 5A menyindir ibubapa lain yang tidak berjaya mendidik anak mereka sehingga mendapat UPSR 5A.

Adakah 5A petanda seseorang individu itu akan menjadi orang yang berjaya di dalam hidup? Kajian telah membuktikan bahawa 5A tidak menjaminkan seseorang itu menjadi bijak di dalam kehidupan realiti. Apa yang mereka pelajari dan soalan yang ditanya di dalam peperiksaan tidak mencerminkan realiti sebenar kehidupan.

Pada bulan lalu saya bertemu dengan sekumpulan bekas pelajar cemerlang  yang mula bekerja pada tahun 1968. Mereka memberitahu tiada seorang pun di antara mereka yang pandai itu menjadi usahawan berjaya. Hanya beberapa usahawan yang bergelar Dato’ adalah dari pelajar kelas ‘bodoh’.

Di antara pelajar yang dikategori ‘bodoh’ itu ada seorang pelajar yang menjadi pemilik syarikat konsesi lebuhraya antara terkaya di Lembah Klang. Gurunya sewaktu di LCE atau sekarang dikenali PMR berkata kepadanya “If you can pass LCE, I will eat your shoe”, ditakdirkan beliau sememangnya gagal dalam LCE tersebut.

Adakah jika beliau menjadi budak pandai sewaktu di zaman persekolahan dahulu dapat menjaminkan beliau menjadi antara pemilik konsesi lebuhraya yang kaya?

Sufiah antara pelajar pintar, apakah yang dicapainya pada hari ini setelah bergelar cerdik di dalam dewan peperiksaan?

Bagaimana dengan keputusan  MCE yang dicapai oleh orang sehebat Professor Diraja Ungku Aziz?

 

2 Comments

  • nazrin says:

    salam…
    saya ingin bertaya,saya sebagai pelajar sering bertaya pd dr sendiri,adakah memiliki segulung ijazah dapat menjamin perkerjaan atau berjaya dlm hidup???
    adakah dengan spm yg tidak berapa cemerlang dapat menjamin pekerjaan atau berjaya dalam hidup????

  • Salam saudara Nazrin,

    Bagus soalannya itu. Memiliki segulung ijazah semata-mata kerana sekeping kertas tidak membawa erti bagi hidup yang merdeka. Gunakan kesempatan semasa di universiti bagi mendalami psikologi orang yang berjaya dan kemahiran berfikir kreatif.

    Spm yang tidak berapa cemerlang juga tidak membantu kita jika kita berfikir dunia kita tidak akan secerah orang yang dapat keputusan yang cemerlang.

Leave a Reply