Bagi mendapat impak baik yang maksima, tahun 2009 adalah tahun di mana individu ataupun organisasi perlu melabur sama ada membeli buku, mengikuti kursus kritikal ataupun kedua-duanya sekali.
Ada individu yang mengurangkan kos bagi mempersiapkan diri bagi menghadapi kesan ekonomi pada 2009, langkah itu adalah berlawanan dengan orang yang sentiasa menerima imbuhan yang menarik walaupun ketika orang lain mengalami ekonomi meleset.
Organisasi yang membelanjakan lebih banyak duit pada tahun 2009 bagi melatih pekerja mereka, dapat menghasilkan keuntungan yang jauh lebih tinggi dari tahun yang sebelumnya. Dengan latihan kemahiran yang betul dan tepat, ianya dapat membantu organisasi mencipta peluang yang lebih besar pada tahun ini.
Bagi Tahun 2009 yang baru bermula, saya sudah membelanjakan lebih dari RM800 bagi pembangunan diri terutama bagi membeli buku untuk diri saya dan isteri. Perbelanjaan bagi membeli buku untuk dibaca dan menghadiri kursus sama ada diperingkat organisasi ataupun kursus kemahiran lain membantu kita menghasilkan banyak peluang untuk hidup senang dan tenang.
Hari ini adalah di antara hari yang saya gembira kerana mempelajari perkara baru dari buku yang baru dibeli. Gunakan hari dihujung minggu ini bagi mendapatkan sebuah buku baik untuk dibaca pada bulan ini.
90% dari apa yang dicapai oleh orang berjaya pada hari ini banyak disebabkan oleh buku dan latihan. Sangupkah kita mengurangkan kos belanja buku bagi menghadapi impak 2009?
Assalamualaikum Tuan,
Pada 1/1/2009, saya telah membeli sebuah rumah yang berharga RM 101,000.00.
Sekarang ni masih dalam proses menguruskan pinjaman melalui bank.
Macam-macam kata-kata yang memomokkan saya berkaitan dengan kegawatan 2009 ni.
Ada yang kata tak bagus beli property ketika gawat….pendekkata macam2 cerita.
Bodoh, tak de otak, tak boleh fikir…antara kata yang di ‘hadiah’kan untuk saya.
Reaksi saya diam saja walaupun rasa agak marah. Rancangan memebeli rumah kedua ni di ketahui bila pihak bank menelefon utk “confirmation”.
Saya yakin dengan apa yang saya buat. Jadi tak hiraukan apa orang lain kata, sebab yang saya tahu orang yang berkata tu bukan pakar sangat dalam hal ehwal kewangan. Macam saya juga. Lagipun bukan saya gunakan duit diorang yang mengata tu.
Jadi bolehkan tuan beri sedikit pendapat atau nasihat tentang hal ni. Sekadar ingin tau saja.
Untuk pengetahuan Tuan Sham, rumah ini adalah rumah kedua kami suami isteri. Rumah pertama telah langsai hutang bank dengan membuat pengeluaran KWSP pertengahan tahun 2008.
Terima kasih.
Membeli buku-buku adalah merupakan pelaburan yang baik untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Membeli rumah juga adalah merupakan pelaburan hartanah yg baik.Pelaburan hartanah boleh di kategorikan kepada dua iaitu sebagai aset dan sebagai liabiliti.
Aset sekiranya ianya memberikan pendapatan pasif kepada kita iaitu pulangan yang lebih daripada yang di bayar ansuran setiap bulan(sewaan) sementara liabiliti ialah apabila rumah tersebut nak sewa punorang tak mahu atau sewanya kurang daripada apa yang di bayar setiap bulan……
Just my 2 cents….
Ya, SK…
Pelaburan paling baik adalah melabur untuk pengetahuan diri sendiri..
Tiada risiko..
Untung jika anda dapat praktik kan apa yang anda belajar dan baca darinya..
Dan anda rugi jika tidak praktik kan apa yang telah dibaca!
Salam kekayaan,
THINKERICH
Salam,
Tahniah atas apa yang tuan telah lakukan dan akan lakukan.
Banyak panduan berguna yang telah tuan tunjukkan.
Teruskan usaha anda….