Skip to main content

Pagi ini saya menerima emel dari seorang sahabat iaitu saudara Muhammad Firdaus Ariff bagi membincangkan tentang Outsource proses membeli buku  SK di halaman ini. Saya mengutarakan isu tiada masa bagi menguruskan urusan membeli buku secara online kepada saudara Firdaus semalam.

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, beli buku secara online hanya disediakan bagi tetamu SK yang tidak dapat mencarinya di kedai buku berhampiran. Tetapi apabila ianya dioutsource kepada pihak lain, ianya dapat dibeli oleh semua Tetamu yang berminat bagi mendapat terus dari penulis.

Insyaa-Allah saya berkemungkinan besar akan melantik saudara Muhammad Firdaus bagi menguruskan urusan pembelian buku-buku SK mulai bulan Februari nanti. Ini bagi memastikan proses pembelian dapat dipercepatkan dan ia juga boleh dihantar kepada Tuan dan Puan lebih cepat dari biasa.

Persoalannya adakah pembeli buku masih ingin mendapatkan autograf dari penulis ? Jika ya, Insyaa-Allah saya akan menandatangani semua buku itu sebelum diedarkan kepada para pembeli.

Pandangan dari pembeli sebelum ini dan bakal pembeli amatlah dihargai, sebelum keputusan dibuat.

Halaman www.ShamsuddinKadir.com disediakan bagi memberi informasi, kesedaran, berkongsi idea, masalah dan mencari solusi terbaik dalam setiap urusan yang ada kait dengan duit dan hutang.

2 Comments

Leave a Reply