Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Tuan dan Puan yang saya amat muliakan,
Tahun hijrah 1430 di raikan dengan darah-darah manusia yang dipanggil oleh manusia sebagai orang Palestin. Israel telah mencemarkan hari kemuliaan tahun hijrah yang satu-satunya pengiraan tahun yang diiktiraf oleh pemilik sekelian alam.
“Aku tidak menciptakan Manusia dan Jin melainkan untuk beribadah kepadaKU’.
Hidup manusia yang bersyukur kepada Tuhan Allah yang telah menciptakan mereka menjadi manusia dan bukannya haiwan adalah dengan mengikuti apa yang Allah suruh. Hidup manusia yang diberikan petunjuk bahawa Tuhan yang mencipta manusia dan seluruh alam semesta adalah Allah adalah bagi membalas ‘jasa’ baik Allah di atas kedua-dua penghormatan terbesar itu.
Kini saudara kita, yang berada di Palestin sedang menantikan sumbangan dari kita bagi membantu meringankan bebanan yang dihadapi mereka terutamanya ketika ini.
Ya Allah, semoga Engkau kurniakan kepada semua hambaMu yang membantu rakyat Palestin, dengan sebaik-baiknya kebaikan dan lindungi mereka semua dari segala kejahatan yang ada di dalam dunia ini. Ya Allah perkenankan doa kami ini. Amin.
Pelbagai pihak sedang menyediakan peluang bagi kita ‘hidup sebagai beribadah’ dengan menyumbang RM 10 ke akaun-akaun membantu Palestin. Boleh didapati di suratkhabar tempatan ataupun boleh membuatkan pindahan ke akaun Maybank 514105 – 320501NSTP FUND FOR GAZA yang diiklankan di halaman utama Maybank2u ataupun mana-mana tabung bantuan Palestin yang mudah untuk menyalurkan. Hanya satu sahaja yang diperlukan, iaitu masukkan RM10 ke dalam akaun-akaun berkenaan. Membantu Palestin bukan di atas rasa simpati, tetapi perintah Allah di mana setiap muslim bertanggungjawab menghulurkan bantuan sama ada secara fizikal ataupun duit.
Insyaa-Allah saya juga akan terus mengurangkan ataupun memulaukan produk-produk yang menjadi penyokong utama kepada Israel.
Adakah usaha ini akan mendatang hasil iaitu menyelesaikan masalah Palestin?
“Allah tidak memberikan pahala berdasarkan hasil yang kita perolehi, tetapi pahala di atas setiap usaha baik yang kita lakukan dengan sangka baik walaupun ianya tidak mencapai hasil yang diinginkan”
Masih kita ingat dengan kisah burung pipit yang membantu membawa air di paruhnya bagi membantu memadamkan api yang sedang membara membakar Nabi Allah Ibrahim? Sudah tentu kita tidak dapat melupakan di mana burung-burung besar mentertawakan burung pipit dengan kata-kata “Usaha kamu itu sia-sia, kerana dengan air yang ada di paruhmu yang kecil itu tidak dapat memadamkan api tersebut”
Burung pipit itu menjawab, apabila aku dihadapkan di hadapan Allah nanti “Aku boleh menjawab, ini adalah usaha aku sedaya yang aku mampu” . Di sini kita dapat melihat bahawa Tuhan Allah yang telah menciptakan kita menjadi manusia tidak memberi pahala berdasarkan hasil, tetapi pahala diberikan berdasarkan setiap usaha yang baik.
Sekian, wassalam.
Satu perkara yg harus disedarkan kepada semua.. Thanks bro..
Salam saudara Ijamidayu
Sama-sama kepada mengingatkan diri sendiri, untuk tidak melupakan kepada Allah mencipta kita.