Lupakan, lupakan, lupakan tentang cerita-cerita kegawatan ekonomi yang bakal melanda Malaysia pada tahun ini, kecuali kita ada masa untuk dibuang.
Fokus, fokus, fokus kepada apa yang Tuan dan Puan ingin capai pada tahun ini.
- Naik Pangkat, Naik Gaji
- Menjadi Usahawan – Berhijrah Dari Makan Gaji
- Tingkatkan Kemahiran Kritikal dan Mempelbagai kemahiran yang ada
- Sambung belajar, tingkatkan kelayakan
- Bebas bebanan hutang seperti kad kredit, skim ansuran mudah, pinjaman peribadi
- Bebas dari Stres
- Mencapai Kewangan yang Stabil
- Memiliki pelbagai sumber pendapatan
- Memiliki pelbagai akaun perlaburan
Kita tetapkan satu matlamat yang lebih besar, lebih luarbiasa, supaya kita termasuk kumpulan yang meraihkan kejayaan azam kewangan 2009 sepanjang tahun ini.
Orang yang memiliki Azam Kewangan 2009 tidak akan sesekali ada masa untuk dibuang dengan cerita-cerita tentang gawat…gawat…gawat… Cukuplah dengan kegawatan yang kita sendiri telah lalui sama ada sewaktu kita kecil, sekolah, diuniversiti ataupun pada tahun sebelum ini. Dapatkan sekeping kertas dan tuliskan apa yang kita ingin capai mengunakan konsep . S.M.A.R.T
S = SPECIFIC – Jawab soalan Siapa dan Apa yang ingin dicapai?
M = MEASURABLE – Jawab soalan Bagaimana ianya boleh diukur?
A = ATTAINABLE – Matlamat itu mestilah boleh dicapai dalam masa yang ditetapkan itu
R = REALISTIC @ RELEVANT – Matlamat itu mestilah ada kaitan dengan pembangunan diri kita sendiri
T = TRACKABLE, TIMELY – Jawab soalan bila? Ya bila azam itu akan dicapai, Jun 2009 contohnya.
Akan praktikkan apa SIFU perkatakan… Thanks SIFU