Skip to main content

(DIKEMASKINI) Insyaa-Allah pada Rabu bersamaan dengan 7 Januari 2009, 14ย Januari 2009 (Tuan Loo – penerbit TV3ย memaklumkan perubahan tarikh bagi memberi ruang kepada bicaraย Palestine-Israel pada 7 Jan 2009)

saya akan ke udara lagi di dalam program Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3. Kali ini tajuknya adalah ‘Azam Kewangan’.ย  Undangan dariย  Tuan Loo selaku penerbit MHI pada hari berkenaan.

Tiga bicara terawal di MHI sebelum ini adalah hasil jemputan dari Puan Nuraffenda (Fenda) yang bertugas sebagai penerbit pada 28 Oktober 2008, 10 November 2008 dan 30 Disember 2008 yang lalu.

Kepada Tuan dan Puan yang ada kelapangan, boleh turut serta dalam perbincangan ‘Azam Kewangan’ di TV3 dan amat dialukan bagi memberikan pendapat ataupun mengemuakan pertanyaan secara langsung nanti.

Di sini saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Loo dan Puan Nuraffenda di atas jemputan yang terus menerus bagi memberi ruang ‘bicara kewangan’ di televisyen.

Semoga dengan ruang yang disediakan oleh TV3 itu menjadi peluang kepada kita semua meningkat usaha dan kaedah bagi mencapai setiap azam yang kita telah, sedang dan akan tetapkan nanti.

8 Comments

Leave a Reply