Skip to main content

Tahun 1430H dan 2009 adalah tahun yang terbaik bagi kita mencapai setiap satu matlamat hidup. Gunakan kesempatan pada awal bulan Muharam dan Januari ini bagi menetapkan Azam Kewangan ‘Smart’ yang kita ingin capai dalam tahun ini.

Lupakan tentang apa yang diperkatakan bahawa ekonomi akan meleset, kos barangan akan naik dan banyak lagi yang kita akan dengar dari mulut-mulut yang ada disekeling kita. Itu adalah cakap-cakap yang menghalang kita bergerak dan akan mengagalkan setiap impian kita yang luarbiasa.

Bagi individu yang ingin terus berkerja sebagai pekerja, gunakan peluang ini bagi mencapai setiap satu impian yang kita ingin menjadi kenyataan.  Jadi pekerja yang multi skill dan lengkap dengan kemahiran yang diperlukan. Belanjakan masa bagi mengikuti kursus-kursus yang bersesuaian. Antaranya adalah Kursus Dimensi Pekerja Cemerlang versi 2009 mengandungi keperluan bagi kita menjadi pekerja yang serba lengkah dan melangkah satu langkah kehadapan berbanding mentaliti pekerja biasa.

Bagi individu yang ingin menceburi dunia bisnes dengan melangkah keluar dari dunia pekerjaan, 2009 adalah tahun terbaik bagi melakukannya. Pelbagai peluang yang boleh diciptakan dan menanti mereka yang ingin bergelar usahawan. Kursus ataupun bengkel yang disediakan adalah ‘Bengkel berhijrah dari Makan Gaji Menjadi Usahawan Senang’

Bagi individu yang sudah berbisnis, ubah kaedah kita beroperasi dan

Gunakan hari cuti dihujung minggu ini bagi membincangkan bersama pasangan (jika ada) tentang matlamat yang ingin dicapai sepanjang 2009. Jika kita inginkan hasil yang luar biasa, matlamat itu juga perlu luarbiasa dari tahun yang sebelum. Cara dan kaedah yang dipilih bagi merealisasikan juga perlu luarbiasa juga.

Elakkan diri kita termasuk di dalam kumpulan orang yang ada apa yang kita tiada. Mereka ada masa untuk dibuang.

Insyaa-Allah tahun 1430 H dan 2009 adalah tahun yang paling luarbiasa pencapaian dalam hidup saya sejak dari hari pertama saya lahir ke bumi ini. Saya juga mendoakan supaya setiap tetamu saya iaitu Tuan dan Puan turut menetapkan matlamat yang luarbiasa dan berusaha mengunakan kaedah baru bagi mencapainya di dalam tahun ini. Insyaa-Allah satu demi satu kejutan yang saya akan lakukan kepada diri saya pada setiap hari. Saya juga yakin dan mendoakan Tuan dan Puan juga mencipta lebih besar kejutan dalam hidup saudara/i pada setiap hari.

Leave a Reply