(DI KEMASKINI) Hari ini, genap 3 hari saya tidak dapat memasuki halaman ini. Saya ingatkan halaman ini down, rupa-rupanya hanya saya seorang yang tidak dapat memasukinya. Saya sudah mengunakan komputer laptop dan desktop saya, tetapi masih tidak berhasil. Akhirnya saya mengambil peluang untuk singgah di kafe siber dan saya berjaya memasuki halaman ini.
Mohon maaf, saya tidak dapat membalas ataupun memberi response segera kepada mana-mana komen ataupun emel yang dihantar ke info@shamsuddinkadir.com.
Bagi sementara waktu, Tuan dan Puan boleh menghantar emel ke shamsuddinkadir@yahoo.com jika ada sebarang urusan yang memerlukan maklumbalas cepat.
Mulai pagi hari ini (Isnin 30 Disember), saya sudah mula dapat mengakses semula halaman ini.
En Shamsuddin, saya baru mengenali encik sebagai pakar kewangan di tv3 hari ini. Saya bekerja dan mempunyai tahap kewangan yang agak selesa kerana mengamalkan stail hidup yang sederhana. Setakat ini saya hanya menyimpan wang di bank. Adakah cara lain saya dapat melabur selain dari melabur insuran diri dan pelajaran anak2.saya berumur 40 tahun dan seorang siswazah.
Salam Puan Balqis.
Puan boleh dapatkan buku ‘Makan Gaji Tetapi Kaya’ dan ‘Kaya dengan Rumah’. Insyaa-Allah kedua-dua buku itu akan menghuraikan dengan jelas.