Insyaa-Allah mulai 22 – 24 saya akan berada di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Pandan Indah bagi menjayakan satu program Dimensi Diri III. Program ini adalah hasil jemputan dari Tuan Baba Ismail yang telah memberikan ruang kepada Ultra Mind Resources memperkasakan lagi kakitangan LHDN.
Sekali lagi, halaman ini dan juga emel yang dihantar oleh para tetamu tidak dapat dijawab dan SK akan berusaha menjawabnya selepas kursus ini berakhir.
Pada sebelah malam 23 Disember 2008, saya akan menjadi panel bagi satu forum yang dijayakan oleh Persatuan Usrah, Universiti Multimedia di Cyberjaya. Puan Hajjah Rohani (Hijrah Wealth) adalah merupakan salah satu daripada panel yang dijemput. Tajuk yang akan dibincangkan adalah “Strategi Pengurusan Kewangan Islam”.
Masih banyak lagi emel yang belum saya jawab, mohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi.
Satu kursus yang menarik! Pengurusan kewangan individu adalah penting untuk kecemerlangan dan kebahagiaan sesebuah institusi keluarga / organisasi / masyarakat…
Salam Mas Linda,
Ya, motif utama kenapa lebih satu billion manusia ‘makan gaji’ adalah untuk mendapat duit. Kursus Dimensi Diri memberikan penekanan utama melalui duit bagi meningkatkan prestasi kakitangan dan lebih terutama dizaman kos yang naik mendadak.
Assalamualaikum Cik Sham
Alhamdulillah…sepanjang kursus yang diadakan di LHDN selama 3 hari,banyak ilmu yang telah dapat saya perolehi..Terima kasih yang tak terhingga kepada Cik Sham,walaupun tempoh itu agak singkat tapi ilmu yang diperolehi tak ternilai harganya..saya ingin bertanya soalan..adakah saya yang makan gaji@kerja kerajaan ni, boleh hidup mewah dan bergaya tanpa hutang?saya selalu meikirkan soal hutang..dan kadang-kadang sampai tak tidur malam jadinya…
Semoga Cik Sham dapat menjawab soalan saya ini…
Wassalam