Skip to main content

Apabila tiba setiap hujung minggu ramai individu terutama yang makan gaji akan membawa keluarga bersiar-siar. Antara tempat yang dituju adalah pasaraya dan pusat membeli belah. Apabila tujuan ke sana untuk ‘window shopping’ sebaiknya duit yang dibawa memadai bagi memenuhi ‘kecemasan minimun’. Apabila duit yang dibawa adalah terlalu minimun pelbagai tawaran ataupun produk yang kita berkenaan tidak dapat mengikut kita pulang ke rumah, kerana kita tidak membawa duit yang mencukupi.

Sebaliknya apabila dalam poket kita ada duit yang telah dikhaskan bagi membayar ansuran rumah, kereta ataupun bagi tujuan lain, dan terus memasuki pasaraya dengan duit yang telah khaskan pengunaan tersebut, peluang untuk kita ‘tewas’ amatlah tinggi. Pelbagai tawaran yang melampaui fikiran dan daya imaginasi kita menanti kita sejak di pintu masuk pasaraya. Duit yang banyak dan kemudahan kad kredit memudahkan kita berbelanja yang diluar sangkaan kita. Apabila kita pulang baru kita sedar, kita telah membeli sesuatu yang diluar jangkaan.

Seperti petang hari ini, saya membawa isteri dan anak-anak untuk ke kedai buku MPH di Subang Parade, Subang Jaya. Apabila tiba di sana saya ditawarkan dengan produk vitamin untuk kanak-kanak di mana apabila membeli dua produknya dapat free satu botol vitamin bagi menambah selera makan anak-anak. Walaupun tawaran itu amat menarik sekali tetapi ianya bukan pilihan terbaik untuk saya pada ketika itu.

Saya melepaskan peluang pertama bagi berbelanja di luar jangkaan. Seterusnya saya singgah di deretan gerai yang menjual barangan di tingkat yang sama dengan surau. Terpikat dengan satu permainan untuk kanak-kanak yang dijual dengan harga RM 19.90, selepas menelitinya ianya amat sesuai untuk anak saya. Saya menanyakan harga runtuh, kerana penjual itu sudah ingin menutup gerainya. Akhirnya saya membeli dengan harga RM 17.90. Dapat gunakan duit ekstra RM 2 bagi membayar parking.  Kami akhirnya sampai di kedai buku, selepas setengah jam berada di MPH Bookstore, kami pulang.

Saya pulang dengan membelanjakan RM 17.90 yang saya tidak jangka akan berlaku. Walau bagaimanapun saya membeli barangan itu mengunakan peruntukan duit ‘perkembangan minda’ anak-anak.

Leave a Reply