Skip to main content

Setiap individu yang ‘celik kewangan’ terpaksa berdepan dengan dua pilihan sama ada untuk membeli kereta yang baru ataupun kereta terpakai. Ada yang terus memilih kereta terpakai kerana disebabkan itu sahaja kemampuan yang dapat dicapai pada ketika ini.

526284_159_full.jpgMembeli kereta terpakai adalah pilihan terbaik bagi individu yang ingin menjimatkan duit yang terpaksa dikeluarkan pada setiap bulan bagi membayar ansuran kereta dan mengelakkan dari menangung kerugian akibat kejatuhan harga kereta yang mendadak.

Individu yang baru memulakan kerja ataupun individu yang masih belum dapat menjana duit ‘EKSTRA’ sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan memilih bagi membeli kereta terpakai terlebih dahulu.

Menjana duit ‘EKSTRA’ itu bermaksud keuntungan yang diperolehi pada setiap bulan hasil dividen yang diperolehi daripada duit yang dilabur dalam akaun perlaburan seperti di Bank Rakyat, Tabung Haji, Simpanan biasa, dan juga kutipan duit sewa EKSTRA.

Antara kereta terpakai yang boleh diperolehi dan membantu kita berjimat adalah  dengan kereta seperti berikut:

  • Perodua Kancil
  • Perodua Viva
  • Proton Saga
  • Proton Wira

Itu bagi kereta yang boleh diperolehi di bawah RM20,000. Ianya sesuai bagi mereka yang berjawatan sehingga eksekutif. Bagi individu yang berjawatan ketua jabatan, pengurus, pengarah kereta terpakai yang lebih besar mungkin menjadi pilihan mereka. Ada juga beberapa orang berjawatan pengurus kilang, pengurus besar yang hanya memiliki kereta sebesar Proton Wira sahaja, tetapi memiliki lebih daripada 4 buah rumah teres dan apartmen di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Apabila kita membeli kereta yang berharga RM 20,000, membayar down payment RM 5,000 dan ambil pinjaman selama 4 tahun, berapakah jumlah ansuran yang kita perlu bayar?  RM 312.50 (belum termasuk kadar keuntungan yang dikenakan oleh bank)

Jika pembayaran di buat dalam masa 3 tahun jumlah ansuran naik kepada RM416.67 (belum termasuk kadar keuntungan yang dikenakan oleh bank).

Cukai jalan bagi kereta yang ccnya rendah menjimatkan lagi duit yang kita perlu belanjakan pada setiap tahun. Harga kereta yang rendah membantu kita membayar perlindungan iaitu insurans Islam (Takaful) yang rendah.

Membeli kereta baru membantu kita membelanjakan duit gaji secara berlebihan :

  • Duit Downpayment yang lebih banyak
  • Ansuran Bulanan yang lebih tinggi
  • Cukai Jalan (jika cc lebih besar) dan Insurans Islam (Takaful) lebih tinggi kerana nilai kereta tinggi

4 Comments

  • mumtazah says:

    Assalamualaikum Tuan.
    Jika membeli kereta terpakai, bagaimana pula dengan kos membaiki? Rasanya lagi tinggi. Apa pendapat tuan?

  • Admin says:

    Waalaikummusalam Puan Mumtazah,

    Bagus soalan tersebut, ramai yang menjangkakan kos menyelenggara kereta terpakai lebih tinggi daripada kos keseluruhan (ansuran kereta, kerugian harga jatuh di pasaran, maintenance,…) kereta baru.

    Insyaa-Allah saya akan keluarkan satu entri (artikel)secepat mungkin berkenaan kereta baru bagi menjawab kepada soalan Puan itu.

  • wan yusoff says:

    Tuan,

    Saya sekarang memiliki kereta proton wira aeroback 1.5 tahun 2004, dengan pinjaman selama 9 tahun dan ansurans bulanan sebayak RM555 sebulan. Sejak akhir2 ini kereta tersebut mula membuat ragam dan boleh dikatakan saban minggu masuk workshop sehinggakan mekanik pun tidak tahu puncanya. Saya bercadang untuk membeli kereta terpakai jenis honda civic yang harga pasaran antara RM35K yang usia dalam 8- 10 tahun dengan membuat pinjaman selama 4 tahun.
    Langkah inij uga adalah untuk menstrukturkan semula plan kewangan. Apakah pandangan tuan.

    Sekian, terima kasih.

  • Admin says:

    Saudara Wan Yusoff,

    Membeli kereta terpakai adalah satu pilihan baik bagi mengelakkan dari menangung kerugian harian yang amat besar akibat kejatuhan harga kereta baru secara mendadak.

    Apabila kita ingin membeli kereta terpakai, jenama kereta itu memainkan peranan bagi memastikan kos alat gantinya adalah dalam lingkungan kemampuan kita.

    Saudara boleh membuat perbandingan dengan kereta dari jenama lain juga yang berharga RM 35,000 dan menilai yang mana memberikan nilai tambah kepada saudara.

    Antara nilai tambah yang perlu ada adalah :

    1. Harganya sudah stabil di pasaran
    2. Harga alat ganti berpatutan dan mudah diperolehi
    3. Mudah untuk diservis ataupun dibaiki.

Leave a Reply