Apakah keazaman Tuan dan Puan bagi tahun 2009 yang bakal berkunjung tidak sampai 30 hari lagi?
Blog ShamsuddinKadir.com mempunyai keazaman bagi melihat setiap tetamu S K.com yang ada hutang yang membebankan dapat membebaskan diri dalam tahun 2009.
S K.com akan mempergiatkan lagi usaha bagi memberikan informasi dan sokongan bagi menyokong segala usaha bagi meningkatkan disiplin dan celik kewangan di antara kita agar ianya membantu kita menangani bebanan hutang.
Berikut adalah hutang-hutang yang membuatkan kita semakin miskin :
- Skim Ansuran Mudah (Kanser @ Barah dalam kehidupan)
- Kad kredit (Pencuri ketenangan & kebahagian)
- Pinjaman kereta yang melebihi 4 tahun
- Pinjaman Peribadi (setiap 1000 orang yang meminjam, sebenarnya hanya seorang yang perlu ambil personal loan)
- Ah Long
- Dan banyak lagi…
Ya Allah Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari rasa SUSAH dan SEDIH,
kami berlindung kepadaMu dari rasa LEMAH dan MALAS,
Dan sesungguhnya kami berlindung kepadaMU dari sifat PENGECUT dan KEDEKUT
dan kami berlindung kepadaMU dari di BEBANI DENGAN HUTANG dan TEKANAN ORANG LAIN terhadap kami. Ya Allah perkenankan doa kami ini, Amin.
Ya Allah, Engkau bebaskan kami semua dari bebanan hutang, permudahkan urusan kami membayarnya dan lindungi kami daripada anasir yang menawarkan pinjaman dan peluang untuk kami menangung hutang yang tidak perlu. Ya Allah perkenankan doa kami ini. Amin.
Assamualaikum Tuan Sham,
Sekiranya ada duit lebih (sekitar 5K), adakah patut gunakan duit itu untuk langsaikan hutang pelajaran dan beberapa hutang lain atau patut dilaburkan contohnya ke mutual fund?
Terima Kasih Tuan Sham.
Waalaikummusalam Puan Fatimah,
Gunakan sebahagian bagai menjelaskan beberapa hutang lain, laburkan RM 1,000 – RM 2,000 ke dalam mutual fund bagi mempelajari rentak perlaburannya.
Jika ada kelapangan baca buku Tuan Sunthara Segar terlebih dahulu sebelum melabur dalam unit trust bagi mendapat beberapa informasi terkini mengenai saham amanah.
Laburkan RM 250 ataupun kurang bagi memulakan bengkel ‘Happiness’ yang pertama. Itu adalah perlaburan yang terpenting.
Gunakan duit baki bagi mempercepatkan penyelesaian hutang pelajaran.
Jutaan Terima Kasih diatas penerangan tuan. 🙂 Moga dipermudahkan untuk saya memulakan bengkel ‘Happiness’ saya,Ameen. Sekarang dalam proses menyiapkan ebook pertama saya IAllah. Terima kasih yang tidak terhingga di atas dorongan dan sokongan Tuan.