Skip to main content

4 December 2008

Alhamdulilah, mulai hari ini, 4 Disember 2008, para tetamu blog ini yang sukar bagi mendapatkan buku tersebut di kedai buku berdekatan keranan kehabisan stok, boleh membelinya secara online di halaman ini. 

Klik pada ‘Beli Buku’ yang terdapat di sebelah halaman utama blog ini. Ia akan membawa kita kepada halaman yang menyenaraikan semua buku yang ditulis oleh SK beserta dengan harganya sekali.

Pihak ShamsuddinKadir.com (SK) akan menghantar pesanan mengunakan Pos Laju pada setiap hari Jumaat ataupun Sabtu setiap minggu.

Penghantaran pertama akan bermula pada 12 atau 13 Disember 2008.

Bagi yang berminat untuk membeli buku tersebut boleh menghantar nama, alamat penuh termasuk poskod dan no. telefon ke shamsuddinkadir@yahoo.com dan tuliskan tajuk “Beli buku secara online“.

Senaraikan nama-nama buku yang ingin dibeli, tunggu emel daripada Shamsuddin Kadir bagi memaklumkan jumlah yang perlu dibayar termasuk kos penghantaran melalui ‘Pos Laju’.

Buat bayaran melalui maybank2u.com.my, atau bank in ke dalam akaun maybank seperti yang tertera di halaman “Beli Buku“.

Secara amnya kos bagi penghantaran untuk penghantaran di semenanjung adalah seperti berikut :

  • Satu (1) buah buku RM 6.00
  • Dua (2) buah buku RM 7.00
  • Tiga (3) buah buku RM 8.00
  • Empat (4) buah buku RM 9.00
  • Lima (5) buah buku RM 10.00
  • Enam (6) buah buku RM 11.00

Bagi yang membuatkan pembayaran secara online melalui maybank2u.com.my, pastikan tempat third party email di isi dengan alamat emel shamsuddinkadir@yahoo.com ataupun info@shamsuddinkadir.com

Bagi setiap pembayaran yang telah disahkan diterima, dari hari ahad sehingga hari khamis akan diproses dan di hantar seawal hari Jumaat ataupun Sabtu pada minggu tersebut. Sebaiknya pastikan pembayaran dibuat sebelum hari khamis bagi memastikan proses membalut dan menghantar dapat dibuat pada minggu itu juga.

Setiap buku yang dibeli secara online akan di autograf oleh penulis.

One Comment

  • Anas says:

    Assalammualaikum.

    Mohon bantuan, saya menunggu respons tuan bagi soalan saya pada rencana ini “Individu yang baru memulakan kerja”

    Buku memang sudah baca.

    Tolong saya tuan, harap ada rencana baru terangkan masalah saya ini.

    Biar orang lain juga paham.

    Mohon diluluskan.

    Terima kasih ya.

Leave a Reply