Assalamualaikum En. SK.
Saya berhajat untuk membeli buku buku En. SK yang berikut.
1 – Hidup Tenang Walaupun Berhutang, harga RM20.00
2 – Makan Gaji Tetapi Kaya, harga RM18.00
3 – Kaya Dengan Rumah, harga RM17.00
4 – Buat Duit Dengan Rumah, harga RM18.00
5 – Garaj Aiman, harga RM13.50
Jumlah semua adalah RM86.50.
Pertanyaan saya, berapakah kos penghantaran? dan no akaun Maybank yang dimaksukan?
Terima Kasih..
Maznah Hj Alimat
——————————–
Waalaikummusalam Cik Puan Maznah,
Semoga Allah melimpahkan Cik Puan dengan limpahan kebaikan yang datang mendadak, Amin.
Pertama-tamanya terima kasih di atas pertanyaan berkenaan dengan buku-buku keluaran SK.
Untuk makluman Cik Puan, nombor akaun maybank SK telah dimasukkan di halaman ‘Beli Buku’ yang terletak disebelah kanan halaman utama ShamsuddinKadir.com
Berkenaan dengan kos penghantaran itu, saya akan ke pejabat pos pagi ini bagi mendapatkan maklumat tentang kos penghantaran secara biasa, berdaftar dan pos laju. Saya akan memaklumkan di halaman ini, sebaik sahaja saya mendapat maklumat tersebut.
Terima kasih sekali lagi Cik Puan di atas minat ke atas buku-buku tersebut.