Assalamuaikum,
Saya ingin bertanya adakah dengan menceburkan diri dalam bidang pelaburan atau insurans, seseorang itu boleh menjadi seorang financial planner yang baik?
MHH
——————————
Waalaikummusalam saudara MHH (bukan nama sebenar)
Tiada bukti yang jelas bahawa setiap individu yang menceburi dalam bisnes perlaburan ataupun insurans dapat merancang kewangan diri dengan baik.
Ianya lebih kepada keinginan untuk mendorong diri menjadi lebih baik dengan mempratikkan kemahiran yang boleh dipelajari sama ada melalui buku ataupun dengan berguru. Pratik itu harus diteruskan secara berdisiplin bagi memastikan kita terus menerus mempratikkan kaedah kemahiran mengurus kewangan dengan bijak.