Skip to main content

Assalamualaikum..
Saya sudah baca buku en. Shamsuddin, dengar macam senang hendak buat, cuma ada kemusykilan sikit. Saya berumur 25 tahun, ada kereta, rumah dan loan peribadi. Saya sudah tanya bank macam mana kalau saya nak beli sebuah rumah lagi.

Bank cakap, saya tidak boleh hendak buat pinjaman lagi sebab komitmen sudah banyak. Jadi macam mana pelabur hartanah boleh beli sampai 10 biji rumah dengan pinjaman bank?

Untuk cari deposit dalam 10 ribu, saya rasa tidak susah, cuma macam mana nak dapatkan pinjaman lagi 90% itu?

Harap en Shamsuddin dapat beritahu caranya. Terima kasih

FI

———————————–

Waalaikummusalam Cik Puan FI (Bukan nama sebenar)

Satu soalan yang cukup baik. Saya tidak pasti buku saya yang mana yang telah Cik Puan Baca. Pada pandangan saya, konsep membeli rumah bukan sahaja untuk 10 tetapi lebih buah rumah dapat di jelaskan apabila Cik Puan telah membaca buku saya bermula dengan buku Makan Gaji Tetapi Kaya, Kaya Dengan Rumah dan Buat Duit Dengan Rumah.

Manakala apabila bank memberitahu bahawa Cik Puan tidak dapat membuat pinjaman lagi kerana komitmen sudah banyak itu menyatakan Cik Puan telah mengunakan seluruh peluang yang ada bagi ‘membiayai impian sendiri’. Konsep yang telah Cik Puan lakukan telah berlawanan dengan satu bab di dalam buku rumah saya iaitu banyak yang kecil lawan beberapa yang besar. Tetapi dalam kes Cik Puan, hanya satu rumah sahaja Cik Puan dapat beli. Kerana Cik Puan telah mengunakan seluruh peluang yang ada bagi membeli rumah sebesar dan semahal yang mungkin.

Jika kita membeli sebuah rumah dengan mengunakan semaksimun jumlah pinjaman yang dibenarkan oleh bank dengan mengunakan pendapatan kita hari ini, bagaimana bank dapat menyediakan pembiayaan bagi rumah yang seterusnya?. Apabila kita merancang untuk melabur, kita tidak boleh membeli rumah impian kita terlebih dahulu, apa yang perlu dibeli adalah rumah yang mana kita tidak perlu membayar duit ansuran mengunakan duit dari poket sendiri.

Saya mencadangkan kepada Cik Puan agar membaca buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ terlebih dahulu, selesaikan komitmen yang ‘tidak perlu’, sebelum mengkaji balik segala pinjaman yang telah Cik Puan lakukan.

Leave a Reply