Skip to main content

Salam Tuan Sham.

Pada Hari Ahad Lepas saya selesai membaca keempat-empat buku tuan dalam tempoh sehari sahaja.

Ini disebabkan gara-gara saya terlalu cemburu melihat pendapatan sahabat sepejabat saya yang meningkat secara mendadak dalam tempoh 2-3 tahun kebelakangan ini. Beliau mempunyai wang simpanan yang sangat lumayan dan telah memiliki 2 buah rumah yang disewakan di Pulau Pinang dan saya ada terdengar beliau bercadang untuk membeli sebuah lagi tahun hadapan tapi kali ini katanya mungkin di Shah Alam atau di Bangi.

Maklumat beliau saya tahu bila beliau mengisi Borang Pengisytiharaan Harta beliau untuk dikemukakan kepada Jabatan kami. Saya tanya beliau macamana beliau boleh menyimpan wang sebanyak itu dalam masa terdekat, beliau terus meminjamkan saya buku-buku penulisan tuan.

Katanya petuanya semua ada didalam buku tersebut dan bertanyalah pada Tuan apa-apa yang kita kurang ariff mengenai ilmu kewangan. Katanya lagi Tuan sedia membantu sesiapa sahaja yang ingin mendalami ilmu kewangan.

Saya sudah baca buku-buku Tuan tetapi saya tidak tahu dimana saya harus mulainya. Samada buat simpanan dulu ke atau lunaskan segala hutang-hutang saya. Saya ingin juga ikut langkah sahabat saya itu.

A

Putrajaya.

—————————-

Salam saudara A (bukan nama sebenar)

Pada pandangan saya, buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ itu sebaiknya dibaca secara relax iaitu tidak tergopoh gapah, fahami setiap apa yang diutarakan. Rujuk kepada kewangan diri adakah ada yang boleh diperbaiki apabila didedahkan dengan teknik yang diterangkan. Saya mencadangkan buku itu dibaca dan dihabiskan di dalam masa 1hingga 2 minggu dan tidak terlalu awal kerana takut banyak benda yang kita terlepas pandang.

Kemudian pratikkan apa yang terbaik yang kita dapat jika ianya bersesuaian dengan kita. Contohnya jika kita ada kad kredit, adakah kita sudah mengikuti konsep yang dinyatakan di dalam buku itu.

Libatkan pasangan dan anak-anak bagi mengaplikasikannya.

Selepas itu baru mula membaca buku ‘Makan Gaji Tetapi Kaya’ dan boleh dihabiskan di dalam masa 3 hari sahaja. Lihat kepada diri sendiri dan gunakan masa 1 hingga 2 minggu seterusnya ataupun lebih bagi memikirkan konsep yang dibawa. Fikirkan bagaimana ataupun teknik mana yang terbaik untuk dipraktikkan.

Apabila sudah ada sedikit konsep di dalam minda, baru baca buku ‘Kaya Dengan Rumah’ dan di akhiri dengan buku ‘Buat Duit Dengan Rumah’.

Sibukkan diri kita menutup segala ketirisan dan kebocoran di poket kewangan kita, sebelum kita mencari ektra tunai untuk dimasukkan ke poket itu.

2 Comments

  • A says:

    Salam Tuan Sham.

    Terima kasih di atas nasihat yang diberikan. Insyaallah saya cuba memahami panduan-panduan yang diberikan dalam buku tersebut.

    Saya bertanya kepada diri saya sendiri, bolehkah saya berjaya seperti sahabat saya itu yang mempunyai keyakinan yang cukup kuat untuk terus berjaya.

  • Thinkerich says:

    Salam,

    Di sini saya ingin berkongsi tips membaca buku…

    Membaca sesebuah buku bukanlah sekadar menghabiskannya sahaja atau dalam erti kata lain ianya tidak memadai dibaca sekali sahaja…

    Bacalah berkali-kali, lebih banyak anda mengulang-ulang bacaan pada buku yang sama, maka anda akan menemui lebih banyak maksud yang tersirat…dan yang pasti anda akan lebih memahaminya

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

Leave a Reply