Pihak SK sedang membuat kajian dan persediaan bagi merancangkan satu program talk show bersama Shamsuddin Kadir di TV secara live seminggu sekali. Buat masa ini antara cadangan yang sedang difikirkan adalah :
-
Waktu Siaran : 9 Malam
-
Hari : Jumaat
-
Tempoh : 30 – 60 Minit
-
Segmen : Bicara Wang, Tipsย Minggu Ini, Tanya SK
Insyaa-Allah pihak SK akan berkerjasama dengan Tim PTS bagi membincangkannya secara lebih terperinci sebelum mengemukakannya kepada pihak TV tentang konsep yang ingin dijayakan. Insyaa-Allah jika dipermudahkan program ini akan ke udara dalam tahun 2009 nanti.
Di sini SK juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan.ย
Insyaa-Allah blog SK juga akan menawarkan hadiah buku SK bagi tetamu SK yang kreatif dalam mencipta ‘tagline’ untuk talk show itu dan juga kepada mereka yang pandai mencipta logo SK bagi program talk show tersebut.
Salam bro Sham, bagus ni. Cadangnya di TV mana? Ada contest untuk tagline, ok gak ni. Saya akan war-warkan di blog saya nanti.
TV mana ya SK?
Pasti SK banyak contact dengan orang TV ni.
Tak sabar nya.
Tuan…saya sokong 101 %
Tak sabar gak ni….
Okey gak? program mcm nie lah yang ditunggu2. Biar buka mata sikit org malaysia specialy melayu
SK ini cadangan Tag line saya :
“Kuasai Kewangan Anda!”
Salam kekayaan,
THINKERICH
Terima kasih kepada Tuan dan Puan semua yang terus menerus menyokong usaha ini. Saya amat menghargainya. Semoga Allah melimpahkan Tuan dan Puan dengan kebaikan yang datang mendadak. Amin.
Berkenaan dengan saluran TV mana, saya belum membuat keputusan, tetapi saluran yang paling banyak ditonton oleh golongan sasaran.
Saya mengalu-alukan jika saudara/i ada cadangan mengenai saluran terbaik.
Terima kasih saudara Thinkerich, saya amat menghargai di atas cadangan tag line itu. Saya amat sukakannya “Kuasai Kewangan Anda!”.
Jika ianya terpilih insyaa-Allah akan ada hadiah ‘misteri’ daripada saya nanti.
Ada lagi cadangan dari Tuan dan Puan?
Ini realiti ataupun provokasi aja.
Jika realiti baguslah………………………
Saudara Ariff,
Ianya dipaparkan sebagai usaha bagi merealitinya. Insyaa-Allah sehingga ke hari ini halaman blog ini ditubuhkan bukan kerana ‘provokasi’ tetapi bagi berkongsikan ilmu kewangan yang ada pada kita semua.
Terima kasih kerana mengingatkan saya.
Saya setuju.
Saya komen kerana saya peminat beliau dan memang menunggu rancangan itu, ini terus senyap ja.
Cadangan saya tulis ja, SK Merancang Talk Show.
Ini entri macam confirm ja. Siap nak tagline tu.
Maaf, banyak komen lak.
Saudara Ariff,
Saya mengalu-alukan pandangan dan komen saudara bagi entri yang dikeluarkan supaya kita semua dapat berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran dengan tujuan bagi memandaikan kita semua.