Skip to main content

Individu yang paling kritikal adalah graduan sama ada yang baru tamat SPM, STPM, Diploma atau Ijazah yang baru pertama kali memulakan hidup ‘makan gaji’. Apabila memasuki dunia pekerjaan, motif utama setiap individu adalah duit yang paling utama.

Menjadi seorang pekerja membuka peluang kepada setiap individu bagi membuat hutang. Sama ada hutang bagi membiayai pembelian rumah, kereta ataupun gaya hidup.

Perkara yang paling risiko adalah apabila pekerja membiarkan jurujual dan bank yang menentukan hala tuju masa depannya.

Rumah yang harga berapa yang perlu dimiliki dan kereta jenis dan harga berapa yang perlu dibeli? semuanya adalah persoalan yang perlu di tanya kepada diri dan keputusannya dibuat selepas banyak membaca dan bertanya. Ramai yang memilih untuk membiarkan jurujual dan bank membuat keputusan untuk mereka daripada membuat keputusan sendiri hasil dari menuntut ilmu secara membaca dan bertanya.

Rumah yang sebaiknya bagi individu yang baru memulakan hidup dengna bekerja adalah sama ada rumah sewa ataupun rumah apartment ataupun rumah teres biasa. Manakala bagi kenderaan adalah yang terbaik mengunakan pengangkutan awam seperti bas jika ada, ataupun mendapatkan sebuah motisikal atau kereta terpakai. Membeli kereta terpakai secara tunai ataupun mengambil pinjaman untuk tempoh 2-3 tahun.

Ini bagi membantu setiap individu itu supaya tidak merasa bebanan kos sara hidup yang melampau di mana pada setiap bulan apa yang dirasakan dan dilalui adalah “Pergi pagi balik petang, dapat gaji bayar hutang”.

9 Comments

  • Anas says:

    Saya kerja swasta.

    Gaji antara RM1,000.00 – 1,500.00.

    Bagaimana nak beli kereta terpakai yang murah.

    Pinjaman 2-3 tahun lak, jenis kereta macam mana ya. yang baru atau terpakai.

    PTPTN pun nak bayar gak

    Harap ada cara mengiranya

  • Anas says:

    Respons……….

  • arzee says:

    hi Din, saya classmate awak DIA1D-6D(1994-1996).
    Thanks for the advice.

    Tajuk ni boleh dikatakan kena dengan saya. La ni baru dapat kerja tetap dengan gaji yang stabil walaupun hanya syarikat swasta(hampir setahun kerja).HU3 sedih..

    Whataever I’m happy with my life, husband, kids n family walaupun sederhana, we never fail to pay debts every months.

  • Saudara Anas boleh dapatkan buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ kini dengan cetakan ketiga terlebih dahulu. Jika dapat menerima isi kandungannya teruskan membaca buku ‘Makan Gaji Tetapi Kaya’.

    Buku itu dapat memberikan panduan kepada saudara dalam membuat keputusan. Pinjaman boleh jika ingin dipanjangkan tetapi tidak lebih dari 4 tahun sahaja.

  • Anas says:

    Terima kasih SK.

    Saya dah beli buku itu, dan saya tahu cara nak bajet wang gaji saya dan urus hutang yang kini hanya PTPTN.

    Saya mohon praktikal dalam mengiranya, terutama nak beli kereta.

    Dalam buku itu tiada panduan cara nak beli kereta murah dan secara 4 tahun ja. Harap dapat jelaskan entri ini.

    Tolong saya.

  • Anas says:

    Mohon jawapan tuan.

  • Anas says:

    Assalammualaikum.

    Tuan, besar harapan saya jika tuan dapat jawab jawapan saya.

    Mohon masa tuan.

    Ramai yang sama masalah dengan saya.

    Tolong.

  • Admin says:

    Waalaikummusalam, saya akan menghuraikan di dalam entri terbaru yang telah dijadualkan terbit pada hari selasa 9 Disember 2008 nanti.

  • Ehsan says:

    Salam Encik SK.
    Saya juga ingin bertanya., sekarang ini saya dalam dilema untuk membeli sebuah kereta.
    Saya tidak tahu kereta apa yang patut saya beli.
    Baru2 ini saya membeli sebuah apartment, dan ingin membeli kereta pula untuk keselesaan hidup.
    installment bulanan rumah adalah Rm800. Gaji 3.5K.
    Saya berminat dengan sebuah kereta yang berharga 68k. secondhand RM55K ><
    adakah tidak patut saya membeli kereta dengan harga tersebut..?

Leave a Reply