Skip to main content

Salam En. Sham,

Penggunaan Kad Debit telah meningkat di negara kita. Adakah penggunaannya praktikal sedangkan kita boleh menggunakan wang yang berlebihan ini untuk pelaburan?

TAM

———————————–

Salam saudara TAM,

Pengunaan Kad Debit adalah sesuatu kaedah perbelanjaan yang paling selamat dan yang paling kurang stres. Ini kerana kad debit membenarkan kita menghabiskan semua duit yang kita ada sahaja. 

Manakala kad Kredit bukan sahaja menghabiskan semua duit yang kita ada, ia juga membuatkan kita menangung hutang yang terlampau banyak.

Pengunaan kad debit secara bijak membantu kita menghadkan jumlah perbelanjaan di mana kita membuat perlaburan sebahagian dari duit kita agar memberikan kita kehidupan yang lebih bahagia dan senang di masa depan.

Bagi tetamu SK yang berada di luar sana, kad debit membantu kita daripada berbelanja secara berhutang dan menyekat kita daripada mengikut hawa nafsu. Kad-kad kredit yang kita miliki boleh ditukarkan kepada kad-kad debit.

Kenikmatan yang paling besar yang dapat kita kecapi apabila bertukar kepada kad Debit adalah, tiada lagi stres hutang yang berpunca daripada kad kredit.

3 Comments

  • aimin mikhail says:

    Salam Tuan Shamsuddin.

    Saya baru sahaja membeli buku Tuan Shamsuddin Hidup Tenang Walau Berutang dalam bahasa Indonesia. Buku tersebut untuk sahabat saya yang saya beli di Jakarta dua minggu lepas.

    Seronok baca buku tersebut dalam bahasa Indon.
    “menggunakan kartu kredit untuk membiayai kebutuhan sehari-hari”. Saya berasa sungguh terhibur membaca buku ini. Semoga kesemua buku-buku Tuan mendapat pasaran di Indonesia.

  • Salam saudara Aimin Mikhail,

    Jika saya tahu saudara akan ke Indonesia, pasti saya mengirimkan senaskah dua buku tersebut.

    Saya juga kepingin ingin membacanya dan menunjukkan kepada para peserta kursus saya.

    Terima kasih di atas doa saudara itu, semoga ianya akan diaminkan oleh semua Malaikat yang ada di atas langit. Amin.

  • Thinkerich says:

    Tahniah SK,

    Nampaknya buku saudara telah pun berjaya diterbitkan dalam bahasa Indonesia… Syabas..

    Sebenarnya pada Pesta Buku 2007 di PWTC saya ada berbual dan mendapatkan 2 buah buku saudara iaitu Hidup Tenang Walaupun Berhutang dengan Makan Gaji Tapi Kaya..kedua-duanya saya dapatkan autograf daripada SK…!

    Dan ketika itu datang agen atau mungkin wakil penerbit dari Indonesia yang berminat dengan kedua-dua buah buku tulisan saudara yang telah saya beli…

    Mungkinkah itulah gerangan orangnya yang menerbitkan buku sauadara..?

Leave a Reply