Skip to main content

Alhamdulilah, pada hari Sabtu 22 November 2008 yang lalu, Puan Rosmini dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menghubungi saya  memaklumkan bahawa PNM telah memilih untuk membeli buku ‘Kaya Dengan Rumah’.

Sebanyak 1089 naskhah buku tersebut akan dibekalkan oleh penerbit PTS kepada PNM. Pembelian ini dibuat oleh PNM terus kepada penulisnya Shamsuddin Kadir. Di sini saya ingin mengambil kesempatan bagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada PNM melalui Puan Rosmini di atas pemilihan buku tersebut bagi diedarkan di setiap perpustakaan. Terima kasih.

Pada pagi hari Isnin nanti saya akan ke pejabat teknikal PNM di bangunan Th Selborne yang terletak berhampiran dengan perpustakaan bagi bertemu dengan Puan Rosmini untuk menyerahkan dokumen yang diperlukan.

Semoga buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ turut mendapat tempat bagi kontrak pembelian terus dari penulis di masa akan datang.

Terima kasih juga kepada semua tetamu dan pembaca buku saya itu yang terus menerus menyokong SK.

2 Comments

Leave a Reply