Skip to main content

Insyaa-Allah saya akan ke udara lagi di Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3, pada 10 November 2008 bersamaan dengan hari Isnin. Saya mengucapakan ribuan terima kasih kepada Puan Nuraffenda selaku penerbit yang mengundang saya bagi membincangkan isu yang bertajuk ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’.

Hidup Tenang di MHI

Saya dengan rendah diri menjemput semua tetamu blog shamsuddinkadir.com, pembaca buku, peserta, pendengar dan semua individu yang sukakan ilmu dan ada kelapangan untuk menonton program tersebut. Insyaa-Allah ianya akan ke udara antara 7 pagi hingga 7.30 pagi.

Untuk makluman tuan dan puan semua, buku ini sudah kehabisan stok sejak hampir sebulan yang lalu dan cetakan ketiga sedang dalam percetakan. Buku itu dijangka berada di pasaran bermula pada minggu ketiga bulan November 2008. Harganya RM20 sahaja.

2 Comments

  • Maizul says:

    Tahniah Tn. Sham moga banyak ilmu yang dapat dikongsikan pada hari Isnin nanti. Buku2 Tn. Sham memang best.

  • Terima kasih saudara Maizul,

    Saya ternanti-nanti kemuculan saudara meninggalkan jejak sejak sekian lama. Alhamdulilah, ini bererti saudara sihat walafiat.

    Sokongan saudara itu menambahkan lagi semangat saya untuk menghasilkan buku yang lebih berkualiti di mada depan.

Leave a Reply