Skip to main content

Assalamualaikum Saudara Shamsuddin.Saya mengucapkan terima kasih di atas Hadiah yang saudara berikan yang berupa sebuah buku penulisan saudara sendiri `Buat Duit Dengan Rumah’ sempena perkahwinan saya dengan isteri saya Nur Alia Atika pada 26 Okt 2008 lalu di Bandar Baru Bangi.

Di antara hadiah-hadiah yang kami diterima, hadiah inilah yang paling berharga bagi saya dan isteri.

Saya dan isteri amat-amat menghargainya. Terima kasih saudara Shamsuddin.

Asraf & Alia Atika

Oct 31, 8:09 AM

————————

Waalaikummusalam Saudara Asraf & Isteri,

Semoga Allah sentiasa melimpahkan kepada saudara berdua dengan kebaikan yang datang mendadak, dan dilindungi daripada segala kejahatan yang ada di dalam dunia ini, Ya Allah perkenankan doaku ini, Amin.

Pertama-tamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan saudara tentang buku ‘ilmu’. Jika tidak salah saya, buku yang saudara terima itu bukannya di hadiahkan oleh saya tetapi oleh seorang hamba Allah yang tidak ingin dikenali. Buku-buku saya yang mempunyai tandatangan saya diperolehi oleh para peserta kursus, seminar dan juga orang perseorangan yang membeli sama ada di pesta buku ataupun di mana-mana program saya.

Mungkin saudara boleh tolong doakan agar Allah melimpatkan kebaikan kepada orang yang menghadiahkan buku tersebut kepada saudara.

Selain daripada buku tersebut saudara juga boleh membaca buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’.

Untuk makluman kepada saudara buku-buku saya itu sudah dijadikan barangan hantaran kahwin dan juga hadiah kepada pasangan pengantin baru, hari jadi, sebagai duit raya dan sebagainya.

Jika saudara merasakan itu adalah hadiah yang paling bernilai, semoga saudara juga menjadikan amalan memberikan buku yang ‘syariah compliant’ sebagai hadiah kahwin berbanding hadiah lain yang ‘kurang bernilai’.

 

Leave a Reply