Salam…
Saya ingin meminta panduan dan bagaimana saya nak menyelesaikan masalah saya. Saya tidak menggunakan kad kredit, mempunyai pinjaman kereta sahaja. tetapi mempunyai hutang dengan orang perseorangan kerana silap perancangan dalam memulakan bisnes yang menyebabkan saya berhutang sebanyak rm 10k.saya terfikir untuk membuat pembiayaan peribadi untuk menyelesaikan hutang tersebut tetapi permohonan saya seringkali gagal. Apa perlu saya lakukan…?..
Saya tidak mahu bermusuh dengan sape2 disebabkan hutang sebegini.
AQ
————————
Bagaimana saya mahu menanyakan soalan kepada En Shamsuddin. Saya baru pertama kali mengunjugi website ini..
Salam Tuan Sham dan Saudara AQ.
Saudara AQ, saya pernah suatu ketika dahulu mempunyai bebanan hutang kad kredit yang setanding dengan hutang saudara. Alhamdulillah dengan petunjuk dan panduan yang Tuan Sham berikan saya telah berjaya selesaikan kesemua hutang-hutang saya.
Saudara AQ, saya nasihatkan saudara supaya jangan melibatkan diri dengan pinjaman peribadi, sebaliknya Saudara perlu mendisiplinkan diri dengan membayar hutang saudara itu dengan bayaran yang paling maksimum yang saudara mampu pada setiap bulan tanpa gagal. Saudara AQ perlu mengurangkan semua perbelanjaan yang tak menentu dalam tempoh tersebut supaya saudara dapat menjelaskan hutang-hutang saudara semaksima yang mungkin pada setiap bulan. Insya-Allah dalam tempoh yang singkat saudara dapat menjelaskan kesemua hutang-hutang tersebut.