Syukur, segmen bicara buku Buat Duit Dengan Rumah yang ke udara secara live di Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 berjalan lancar. Moderator bagi segmen itu adalah gandingan Tuan Mazidul dan Cik Abby yang tidak asing lagi.
Selepas program itu, Tuan Roslan (PTS) dan saya menemui Cik Nita, staff TV3 yang bertanggungjawab memastikan rakaman motivasi pagi (kewangan) untuk dua episod berjalan lancar. Alhamdulilah, kedua-dua episod itu sudah ditayang pada bulan Oktober ini. Tajuknya adalah ‘Antara Keperluan dan Kehendak’ dan ‘Menangguh Kepuasaan’. Terima kasih Cik Nita. Alhamdulilah, petang tadi saya menerima SMS dari Cik Nita yang beliau sudah memaklumkan tentang saya kepada penerbit rancangan Wanita Hari Ini (WHI).
Selepas itu kami mengadakan pertemuan dengan Puan Nuraffenda selaku penerbit MHI yang telah menjemput saya bagi membicarakan buku tersebut. Ini adalah hasil usaha yang dirancang oleh Tuan Roslan Md Isa selaku Eksekutif Pemasaran PTS. Alhamdulilah di dalam perbincangan yang sekejap itu membuah hasil yang tidak disangka-sangka. Puan Nuraffenda menjemput saya untuk membicarakan tajuk ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ pada 10 November 2008 bersamaan hari Isnin di dalam segmen MHI.
Cik Nita juga memaklumkan rakaman episod Motivasi Pagi yang seterusnya akan bermula pada awal tahun 2009 nanti. Terima kasih kepada Tuan Mohd. Fasil selaku penerbit yang terus menerus memberikan kepercayaan.
Semoga setiap peluang dan ruang yang diberikan oleh TV3 ini dapat saya gunakan bagi berkongsikan pengalaman dan pengetahuan kepada para penonton TV3. Semoga ianya menjadi ilmu yang bermanfaat kepada kita semua. Amin.
Terima kasih juga kepada semua penonton MHI yang menghubungi saya ketika di dalam segmen bicara buku itu. Mohon maaf saya tidak dapat memberi jawapan yang panjang lebar, kerana kesuntukan masa.
I’m looking forward on your next appearance…
Salam Tuan Sham.
Alhamdulillah, saya teramatlah bersyukur kerana saya dapat menonton MHI TV3 selasa lalu di mana saya rasa cukup menarik dan berpuas hati dengan penerangan yang Tuan Sham berikan mengenai `Buat Duit Dengan Rumah’ walaupun masanya terlalu singkat tetapi penerangan ringkas yang Tuan Sham berikan cukup jelas dan saya amat memahaminya.
Walau bagaimanapun saya terasa amat sedih dan terkilan dan terasa teramat-amatlah ruginya saya kerana 2 siri motivasi pagi TV3 mengenai kewangan yang disampaikan oleh Tuan Sham dengan tajuk `Antara Keperluan dan Kehendak’ serta `Menangguh Kepuasan’, saya terlepas dari menontonnya sebab saya tidak mengetahui tarikh motivasi pagi kewangan tersebut akan disiarkan dan kebetulan pada hari-hari tersebut saya ada aktiviti lain, jika saya tahu tarikh siarannya mungkin saya boleh mengatur semua aktiviti dan program-program saya. Banyak lagi ilmu-ilmu serta tip-tip kewangan yang saya tidak tahu dan saya perlu belajar dari pakar-pakar kewangan seperti Tuan Sham.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada TV3 kerana menyiarkan program-program mengenai motivasi kewangan di mana sebelum ini saya rasa belum ada lagi siri-siri motivasi atau ceramah-ceramah mengenai kewangan yang disiarkan di TV3. Saya sering juga menonton siri motivasi pagi di TV3 tetapi selalunya yang berkaitan dengan agama. Saya cadangkan TV3 war-warkan selalu tarikh serta tajuk motivasi pagi yang akan disiarkan terutama motivasi pagi kewangan yang jarang sekali dikeudara, supaya lebih ramai penonton yang menonton siri-siri motivasi pagi atau MHI yang bersesuaian dengan mereka. Maksud saya TV3 war-warkanlah seperti siri NONA atau Melodi yang siarkan tajuk atau topik-topik seterusnya yang akan disiarkan. Saya juga cadangkan supaya motivasi kewangan disiarkan dengan lebih kerap lagi (sekurang-kurang 2 kali sebulan) terutama di zaman gawat sekarang ini.Boleh tak Tuan Sham sendiri tolong maklumkan dan cadangkan kepada pihak TV3.
Disini saya minta jasa baik Tuan Sham untuk mewar-warkan tarikh program-program Tuan Sham di TV atau di Radio, atau apa-apa penulisan Tuan Sham mengenai kewangan yang ada disiarkan di mana-mana akhbar tempatan.Ilmu yang Tuan Sham sampaikan banyak membantu saya dalam menangani masalah ekonomi saya. Terlalu banyak ilmu kewangan yang saya tidak tahu dan saya wajib belajar.
Sekali lagi saya mohon jasa baik Tuan Sham supaya mewar-warkan atau sms kepada saya atau kepada pembaca-pembaca setia blog Tuan Sham ini. Terima kasih dan Tahniah Tuan Sham. Jangan lupa ye….