Skip to main content

Syukur buku Buat Duit Dengan Rumah di tangga ke tujuh dalam 10 judul bestseller MPH bagi judul tempatan kategori non-fiksyen bagi minggu berakhir pada 12 Oktober 2008.

Terima kasih di atas sokongan semua individu yang memuliakan institusi ilmu. Semoga setiap pembaca yang membaca buku ini akan mendapat manfaat dan juga membantu mereka mencapai kehidupan yang lebih baik, lebih senang dan mendapat limpahan kebaikan yang datang mendadak. Ya Allah perkenankan doaku ini. Amin.

Saya mendapat maklumat tentang buku ini di halaman web pengerusi eksekutif PTS, iaitu Puan Ainon Mohd.

Insyaa-Allah saya akan ke udara di Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3, esok pagi bagi membicarakan buku Buat Duit Dengan Rumah. 

Terima kasih tidak terhingga kepada semua. Insyaa-Allah satu lagi buku untuk membantu kanak-kanak mencipta angan-angan yang diredhai oleh Tuhan akan terbit di pasaran pada minggu pertama bulan November nanti.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih.

3 Comments

Leave a Reply