Alhamdulilah, pagi tadiย Puan Nuraffenda Ibrahim penerbit Malaysia Hari Ini, TV3 telah menghubungiย Tuan Roslan Md Isa, bagi menjemput penulis buku Buat Duit Dengan Rumah .
ย untuk ke udara dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI).Berikut adalah maklumat terkini berkenaan slot bicara buku Buat Duit Dengan Rumahย ;
Tarikh; 28 Oktober 2008 (Selasa)
Masa;ย ย ย Sekitar jam ย 7.00 – 8.00ย pagi.
Kepada semua pelawat dan tetamu www.shamsuddinkadir.com, yang ada kelapangan bolehlah mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan buku itu di TV3 pada hari selasa ini.
Semoga bicara buku itu nanti memberikan manfaat yang terbaik kepada semua penonton nanti, Insyaa-Allah.
Di sini saya juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak TV3 melalui Puan Nuraffenda Ibrahim untuk rancangan bicara buku di ย Motivasi Hari Ini. Terima kasih, terima kasih, terima kasih.
Salam.
Tahniah! Kali ini muncul lagi di kaca tv tapi secara live.
Salam,
Terima kasih saudara Azemi, semoga ianya menjadi permulaan kepada segala pintu ilmu yang bermanfaat, Insyaa-Allah.
Tahniah..
InsyAllah saya akan tunggu di depan TV
Tahniah!
Maju setapak lagi minda penonton mengenai buat duit dengan rumah.Saya sendiri sekarang mengorak langkah membeli rumah untuk disewa walaupun pendapatan gaji tidak seberapa tapi boleh beli rumah lebih dari dua.
Buku buat duit dengan rumah perlu dimiliki jika ingin menjana pendapatan pasif dan masa depan pendidikan anak anak.Terima kasih.
Salam buat Tn. Shamsuddin.
Didoakan sentiasa dipermudahkan oleh Allah dalam meneruskan kehidupan.Amin.
Tahniah di atas jemputan oleh pihak TV3. Suatu perbincangan yang pasti akan menarik jutaan penonton untuk menontonnya. Saya juga cukup teruja dan pasti akan menontonnya. Tambahan pula tajuk yang akan diperbincangkan menarik perhatian kerana berkeinginan juga ingin memiliki rumah sendiri:)
Tahniah sekali lagi!:)
Salam buat Tn. Shamsuddin.
Didoakan sentiasa dipermudahkan oleh Allah dalam meneruskan kehidupan.Amin.
Tahniah di atas jemputan oleh pihak TV3. Suatu perbincangan yang pasti akan menarik jutaan penonton untuk menontonnya. Saya juga cukup teruja dan pasti akan menontonnya. Tambahan pula tajuk yang akan diperbincangkan menarik perhatian kerana berkeinginan juga ingin memiliki rumah sendiri:)
Tahniah sekali lagi!:)
tahniah
Tahniah! saya bangga dengan kawan sekelas saya berjaya…
Salam,
Terima kasih di atas sokongan ikhlas daripada Tuan dan Puan semua. Saya mendoakan setiap kebaikan yang dilakukan oleh Tuan dan Puan itu mendapat kelebihan dan rahmat Allah sepanjang masa.
Insyaa-Allah saya akan ke udara lagi di MHI pada hari Isnin 10 November 2008 membicarakan topik ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’