Pernah saya terfikir sampai bila Skim Cepat Kaya akan wujud, ianya seperti menanyakan sampai bila orang akan berjudi? Sifu saya pernah memberitahu bahawa orang yang suka berjudi ataupun terlibat dengan Skim Cepat Kaya adalah orang yang merasakan selepas ini adalah giliran mereka memenangi judi ataupun menjadi kaya. Semakin mereka terlibat dengan Skim Cepat Kaya semakin tinggi harapan dan perasaan bahawa mereka sudah semakin hampir menjadi kaya.
Sebelum ini saya juga ada memaklumkan ke dalam blog ini, supaya kita tidak membaca sebarang flyer yang berkaitan dengan skim cepat kaya. Ini bagi mengelakkan kita terpengaruh dengan kata-kata ‘perangkap’ yang ada di dalam flyer. Mungkin ramai yang masih tidak mengetahuinya, itu yang menyebabkan ada lagi yang masuk dalam perangkap.
Satu daripada dilema yang saya hadapi adalah lambakan flyer di dalam peti surat rumah dan juga lambakan emel yang berjudul seperti :
-
Ingin duit raya
-
buat duit
-
tambah pendapatan
-
kaya cepat
-
dan banyak lagi
semuanya membuatkan saya terpaksa membazir masa untuk memadam ‘delete’ emel-emel yang tak berkenaan. Saya tidak akan membacanya, kerana jika saya membuka satu per satu saya tidak mampu melakukan apa-apa pekerjaan.
Selagi kita tidak mengelakkan diri dari membuka emel ataupun membaca flyer, selagi itu peluang untuk kita ‘terpengaruh’ adalah amat tinggi sekali.
Elakkan menjadi mangsa Skim Cepat Kaya, dengan rajin berusaha bagi mencari duit secara praktikal.
bukan senang nak senang kat dunia nie