Skip to main content

Semalam saya mendapat 1 berita daripada Puan Khalilah PTS yang bertanggungjawab menguruskan akaun para penulis yang berpayung di bawah kumpulan PTS. Saya menghubunginya bagi memaklukam saya ingin mengambil stok baru untuk buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’, kerana saya ada program ceramah di UKM di Jalan Raja Muda Aziz, KL pada hari Jumaat ini.

Beliau memaklum kepada saya sehari sebelum itu ada pelanggan datang bagi mendapatkan stok buku tersebut, apabila mereka menyelongkar stor PTS, mereka hanya dapat menjumpai 1 naskhah sahaja. Ini bererti buku itu sudah habis licin di stor PTS, ini bermakna buku itu ‘akan dicetak lagi’. Sehigga kini buku itu sudah dua kali dicetak dan telah diterbitkan di Indonesia di dalam bahasa Indonesia dengan tajuk ‘Hidup Tenang Walau Berutang’.

Syukur berita ini amat mengembirakan saya, kerana sudah semakin ramai masyarakat kita membaca buku kewangan, semoga semua pembaca buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ itu mendapat manfaat yang terbaik dari buku tersebut. Saya juga gembira apabila semakin ramai kaum hawa sudah mula suka membaca buku-buku kewangan.

Tetapi berita stok buku itu habis bermaksud tiada lagi usaha bagi memandaikan, mencelikkan masyarakat dapat disampaikan berkenaan dengan kewangan diri, risikonya berhutang untuk barangan kehendak. Itu yang menyedihkan saya.

Esok saya akan menyampaikan kuliah subuh di Masjid TTDI Jaya, Shah Alam, saya sudah merancang untuk membawa buku itu bersama.

Semoga ianya memudahkan Pengurus Jualan PTS, Tuan Zaharin bagi meluluskan dan memudahkan supaya buku ini dapat di ulang cetak dalam masa terdekat ini.

2 Comments

  • pakdeen says:

    Tahniah.Dengan buku HTWB dapat membuka minda para pembaca mengurus kewangan kejalan betul walaupun berhutang.Terima kasih utk saudara.Teruskan idea bernas saudara.Terima kasih,terima kasih.

  • Terima kasih saudara Pakdeen,

    Semoga Allah memudahkan segala urusan saudara itu. Saya amat berterima kasih di atas sokongan dan dorongan saudara itu.

    Terima kasih, terima kash, terima kasih.

Leave a Reply