Skip to main content

Salam Saudara Sham,

Saya telah membaca Biskut Ajaib. Walaupun buku tersebut ditujukan untuk kanak-kanak, namun ia berjaya mencetus kembali angan-angan bisnes dalam diri saya. Buku ini membantu memberi idea dan inspirasi untuk bisnes. Saya pasti jika kanak-kanak yang membacanya, angan-angan bisnes ini boleh disemai dalam diri mereka. Cuma anak saya belum habis membacanya. Beliau baru berusia 7 tahun dan tulisannya yang agak kecil menyukarkan sedikit beliau habis membaca buku ini. Saya rasa mungkin buku ini ditujukan kepada kanak-kanak berusia 9 tahun dan ke atas. Jika tulisannya besar sedikit, sasaran pembacanya mungkin bertambah. Satu usaha yang baik untuk memupuk budaya membaca dan bisnes di peringkat muda.

Salam Syawal.
www.azemiali.blogspot.com

——————————-

Salam Saudara Azemi,

Terima kasih di atas pandangan yang diberikan, saya amat menghargainya. Sebelum ini juga saya mendapat satu testimoni daripada seorang ibu yang membaca dua kali buku ‘Biskut Ajaib’ kerana kisah yang dibawa sangat mencuit hatinya. Ini bermaksud buku ini juga sesuai untuk dibaca oleh ibubapa.

 Saya juga akan menyampaikan cadangan Tuan berkenaan dengan saiz tulisan  kepada editor supaya ianya dipertimbangkan untuk dibesarkan sedikit bagi memudahkan kanak-kanak yang baru 6-8 tahun dapat membacanya dengan mudah.

Leave a Reply