Ketika ini saya sedang menyiapkan sebuah manuskrip bagi buku terbaru yang disasarkan terbit pada awal tahun hadapan iaitu sebelum pesta buku Antarabangsa 2009 nanti.
Jika saudara dan saudari ada mempunyai dilema yang boleh dikaitkan dengan buku saya itu, amatlah di alu-alukan. Ketika ini sebanyak 25% buku ini sudah siap. Saya amat berharap Allah memudahkan urusan saya agar proses penulisan buku yang saya amat ternanti-nanti sejak tahun 80an dapat disiapkan dan memberikan kesan kepada para pembaca termasuk diri saya sendiri.
Buku ini mungkin dilihat ‘terlari’ sedikit daripada buku-buku saya yang terawal, tetapi disebabkan oleh kerisauan yang semakin meningkat, melihat Dilema Muslim yang semakin komplek. Insyaa-Allah buku yang seterusnya akan kembali kepada landasan asal iaitu berunsur kepada kewangan.
Dilema Muslim sebenarnya ingin mengetengahkan penyelesaian kewangan, ekonomi dan keagamaan setiap individu Muslim tetapi melalui dimensi sebenar. Semoga buku ini nanti menjadi pencetus ‘Anjakan Paradigma’ Dunia Muslim Malaysia.
Salam.
Selamat maju jaya buat Tuan Shamsudin Kadir.
Saya berdoa moga dipermudahkan segala urusan.
Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Semoga En Shamsuddin dikurniakan kekuatan dan dipermudahkan jalan menyiapkan buku tersebut. Ia ibarat ubat penyembuh kepada masyarakat muslim kini yg semakin banyak dilemanya..
http://www.kisahjutawan.blogspot.com
~Jadikan Mimpi Satu Realiti~
Waalaikummusalam kepada saudara Husaini dan saudara Haizal,
Terima kasih di atas sokongan dan doa yang panjat kepada Allah.
Saya akan berusaha dengan lebih kuat lagi agar ianya mencapai matlamatnya.
Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.