Skip to main content

Syukur di atas keizinan Tuhan, akhirnya buku Garaj Aiman iaitu buku kedua dalam siri Usahawan Cilik yang ada berada di pasaran selewat-lewatnya penghujung bulan Oktober ini.

Buku ini juga disediakan khas bagi membantu ibubapa membuat pelaburan masa depan anak-anak dengan mencipta angan-angan di kotak minda mereka. Semoga dengan usaha berterusan bermula dengan buku Biskut Ajaib, diikuti Garaj Aiman dan buku-buku seterusnya dapat menyuntik semangat ke dalam diri anak-anak generasi zaman globalisasi.

 Buku ini boleh diperolehi di kedai-kedai buku seluruh negara. Jumlah halaman adalah 200 muka surat. Harganya adalah RM13.50.

Insyaa-Allah saya akan umumkan di halaman blog ini apabila buku itu sudah berada dipasaran nanti.

Terima kasih di atas sokongan Tuan dan Puan yang telah menghadiakan buku-buku tersebut sempena hari raya yang lalu. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Noli Hussain yang telah membeli 63 buah buku Biskut Ajaib dan 11 buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang untuk dihadiahkan kepada 63 pelajar dan 11 orang dewasa yang terlibat secara langsung dalam program tadaruss di Masjid TTDI Jaya.

Bagus juga bagi mengalakkan anak-anak bagi memulakan bisnes seperti bisnes yang dilakukan dalam kisah ‘Garaj Aiman’.

3 Comments

  • hamin says:

    Kalau buku Garaj Aiman sudah berada dipasaran boleh dihebahkan di blog tuan?..

    Saya sudah berjanji dengan anak saya untuk membelikannya.

    Terima kasih.

  • Insyaa-Allah saya akan hebahkan di blog ini.

    Terima kasih di atas sokongan.

  • Azemi Ali says:

    Salam Saudara Sham,

    Saya telah membaca Biskut Ajaib. Walaupun buku tersebut ditujukan untuk kanak-kanak, namun ia berjaya mencetus kembali angan-angan bisnes dalam diri saya. Buku ini membantu memberi idea dan inspirasi untuk bisnes. Saya pasti jika kanak-kanak yang membacanya, angan-angan bisnes ini boleh disemai dalam diri mereka. Cuma anak saya belum habis membacanya. Beliau baru berusia 7 tahun dan tulisannya yang agak kecil menyukarkan sedikit beliau habis membaca buku ini. Saya rasa mungkin buku ini ditujukan kepada kanak-kanak berusia 9 tahun dan ke atas. Jika tulisannya besar sedikit, sasaran pembacanya mungkin bertambah. Satu usaha yang baik untuk memupuk budaya membaca dan bisnes di peringkat muda.

    Salam Syawal.
    http://www.azemiali.blogspot.com

Leave a Reply