Skip to main content

Sejak 31 Ogos 1957, masyarakat Muslimย di Malaysia majoritinya mendidik anak agar belajar rajin-rajin supaya suatu hari nanti dapat merebut sebanyak mana peluang yang ada di luar sana. Sejak dari tarikh keramat itu, kita dapat lihat ibubapa bersusahย  payah bagi memastikan anak-anak mendapat susu yang terbaik dan juga pendidikan yang terbaik bagi memastikan hasrat mereka melihat anak melanjut pelajaran di menara gading tercapai.

Sejak merdeka dan sehingga tahun ini kita sudah melihat berapa ramai yang mendapat 5A, 8A, 10A, 12A, 17A dan sebagainya. Persoalan yang saya ingi lontarkanย  adalah, berapa ramai di antara mereka yang telah menjadi :

1. Perdana Menteri?

2. Usahawan terkaya?

3. Doktor Pakar Terhebat / Tersohor?

4. Pakar Motivasi Tersohor?

5. Dermawan Terhebat?

6. Ulama Tersohor?

7. Dan banyak lagi yang hebat-hebat….

Kenapa mereka-mereka itu tidak tersenarai di dalam carta di atas? Cuba kita lihat apa terjadi kepada pelajar Genius bernama Sufiah di UK?

Dalam kajian yang dibuat oleh saya sendiri, seorang pelajar yang mendapat 5A di peringkat UPSR yang terlibat dalam kemalangan kereta yang menyebabkan kereta tersebut putus dua dan seorang daripada rakannya meninggal dunia. Di dalam keretanya terdapat beberapa botol mengandungi ubat batuk. Seorang pelajar yang mendapat 8A diperingkat PMR akhirnya terlibat dengan dadah dan meninggal dunia sewaktu berumur dalam 19 tahun. Kenapa mereka bertindak sedemikian ? Insyaa-Allah saya akan kongsikan di dalam buku saya yang terbaru nanti yang tajuk sementaranya adalah ‘Dilema Muslim’

Kaedah memastikan anak-anak mendapat keputusan yang amat cemerlang adalah konsep mendidik anak ‘merebut peluang’ manakala konsepย ‘merdeka’ adalah konsep mendidik anak mencipta peluang tanpa perlu membazir duit dan mengugatkan masa depan ‘anak’.

Antara permulaan langkah bagi mendidik anak ataupun kanak-kanak bagi memulakan langkah mencipta peluang adalah dengan memberikan mereka buku ‘Biskut Ajaib’. Buku ini ditulis khas bagi menyelesaikan pelbagai kekusutan dan dilema yang dihadapi oleh masyarakat terutamanya masyarakatย Muslim sejak dari merdeka. Masalah duit gaji tidak cukup, masalah hutang bertimbun, masalah tertipu, masalah menangung hutang orang lain, masalah tiada harta dan sebagainya.

Buku ini dapat diperolehi di kedai-kedai buku seperti kedai MPH, Popular dan hampir semua kedai buku yang menjual buku jenama PTS. Insyaa-Allah buku ini sesuai dibaca oleh kanak-kanak sekolah rendah, menengah, universiti dan juga ibubapa. Harganya adalah RM11.50 senaskah.

Buku kedua yang bakal menyusul dalam bulan Oktober ini adalah Garaj Aiman yang berharga RM13.50. Insyaa-Allah buku-buku di dalam siri Usahawan Cilik ini membantu mencipta angan-angan di minda anak-anak dan mampu membawa mereka untuk mengorak langkah menjadi orang yang benar-benar berjaya nanti.

www.ShamsuddinKadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

6 Comments

  • Maizul says:

    Saya baru sahaja mendapatkan buku buat duit dengan rumah. Buku biskut ajaib tak jumpa pulak di MPH Ipoh pada minggu lepas. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Tn. Sham.

  • Saudara Maizul,

    Buku Biskut Ajaib itu mungkin belum masuk dalam sistem MPH. Seingat saya, buku itu sudah di hantar kepada hampir semua kedai buku. Antara kedai buku yang mungkin sudah ada stok yang dipamerkan adalah kedai buku Popular.

    Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.

    Terima kasih di atas sokongan saudara Maizul.

  • SifuPTS says:

    Bolehkah tuan siasat ada ataupun tidak hadis yang menggalakkan kita orang Islam khususnya supaya pandai merebut peluang.

  • Insyaa-Allah saya akan merujuk kepada beberapa ustaz yang pakar hadis berkenaan mengalakkan orang Islam merebut peluang.

    Terima kasih di atas kesudian Puan Sifu melawat halaman ini.

  • Norlila Talib says:

    Salam.

    Saya seorang pendidik, isu yang saudara sebut sangat dekat dengan saya. Mudah-mudahan kita dapat berkongsi pandangan demi generasi akan datang. Harapan saya moga buku-buku tersebut dapat diperolehi di Sabah ini.

    Maaf zahir batin.

  • Salam Cik Puan Norlila,

    Saya amat-amat mengalukan pandangan daripada Cik Puan dari masa ke semasa.

    Buku-buku itu ada di rangkaian kedai buku di Sabah. Antara pelanggan saya ada yang mendapatkan buku itu di kedai Popular, MPH dan kedai-kedai biasa yang ada menjual buku dari penerbit PTS.

Leave a Reply