Skip to main content

Sejak dari pukul 12.01 minit pagi tadi, 1,200,000 kakitangan kerajaan menerima duit bonus. Jalan raya di Kuala Lumpur mulai sesak pada hari ini, kerana sebahagian daripada kakitangan mengambil cuti bagi ‘menghabiskan’ duit bonus yang baru diterima itu.

Sudah pasti majoriti kakitangan menunggu duit bonus itu, kerana tanpanya mungkin raya tahun ini tidak dapat balik kampung. Ada yang tidak dapat membeli baju baru tanpa duit bonus. Di antara kakitangan kerajaan yang tidak mengharapkan duit bonus bagi menyediakan persiapan menyambut hari raya adalah Kart (Pembaca terawal buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang).

Saya mendoakan agar sekurang-kurangnya kakitangan kerajaan dan swasta turut mencontohi Kart yang tidak lagi bergantung kepada duit bonus selepas berbelanja mengikut sistem sampul surat.

Sebaiknya sebelum Tuan dan Puan mengeluarkan duit tersebut, pastikan senarai perbelanjaan menyambut hari raya sudah dimuktamadkan supaya Tuan dan Puan boleh berbelanja terhad kepada jumlah yang telah saudara peruntukannya.

Selamat berbelanja mengikut apa yang telah ditetapkan di dalam senarai.

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

5 Comments

  • Patut lah hari ni ATM penuh, nampaknya saya nih masih kurang peka dengan apa yang berlaku sekeliling, Selamat hari raya pada semua, diharapkan dengan kesederhanaan berbelanja kita masih mampu merasai kemanisan syawal

    http://www.kisahjutawan.blogspot.com
    ~Jadikan Mimpi satu realiti~

  • kart says:

    Assalamualaikum Tuan Sham.

    Terima kasih Tuan Sham untuk ilmu yang disampaikan, yang banyak memberi saya panduan untuk menguruskan kewangan saya.

    Memang seronok tengok akaun bulan ini… banyak juga. Alhamdulillah.

    Terima kasih sekali lagi.

  • Nimoiz T.Y @ Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub says:

    Hahaha, itu sudah semestinya. Memang satu tarikh yang ditunggu-tunggu. SELAMAT HARI RAYA BUAT ENCIK SHAM. Tak kelik Kelate ke?

  • Waalaikummusalam Kart,

    Semua itu adalah dari ilmu yang Allah bagi kepada kita semua. Sama-samalah kita meningkatkan keupayaan menguasai ilmu kewangan, supaya hidup kita merdeka.

  • Terima kasih Nimoiz

    Selamat Hari Raya kepada Nimoiz, semoga bertambah bahagia.

    Insyaa-Allah saya akan balik kampung pada 26 September 2008, sebelah malam selepas habis exam dan mesyuarat di siang hari.

Leave a Reply