Skip to main content

Setiap kali ketibaan bulan Ramadan, ada di antara kita tertekan memikirkan persediaan menyambut hari raya. Tertekan kerana tidak ada duit bagi menyediakan keperluan asas pada hari raya dan ada juga tertekan kerana ingin menyambut hari raya secara besaran.

Kategori orang fakir dan miskin adalah kategori  individu yang mungkin tidak dapat menyediakan baju baru untuk anak-anak mereka tanpa ada bantuan daripada insan yang mulia. Kategori yang kita ingin bincang bersama pada entri kali ini adalah kategori orang biasa tetapi ingin merayakan melebihi daripada kemampuan.

Apabila kita membiayai sambutan Aidilfitri dengan berhutang,

  • kita sebenarnya telah berbelanja di luar kemampuan

  • Kita sebenarnya ingin ‘menunjuk-nunjuk’

  • kita sebenarnya telah dipengaruhi oleh nafsu

  • kita sebenarnya ‘mungkin’ tidak mendapat kebaikan yang ada di bulan Ramadan,

  • kita sebenarnya terlalu ego yang tidak boleh dipatahkan

  • kita sebenarnya rabun kewangan, kita sebenarnya sedang diperalatkan

  • kita sebenarnya akan dibebani dengan hutang piutang yang menghilangkan ketenangan

Mulakan raya pada tahun ini dengan memastikan setiap perbelanjaan adalah dibiayai secara tunai.

Ini bermakna jika kita membuat pembayaran bagi membeli baju, kuih dan sebagainya mengunakan kad kredit, kita perlu membayar balik jumlah hutang yang dibuat mengunakan kad kredit sebaiknya sebelum kita balik beraya.

Kos servis kereta, minyak, tol seharusnya dibiayai dengan duit sendiri dan bukannya mengunakan kad kredit bagi menyelesaikan masalah tiada duit mencukupi untuk balik raya di kampung.

Bagi menjaminkan kita sentiasa hidup di dalam kemampuan, pastikan setiap transaksi mengunakan kad kredit, kita mempunyai duit di dalam bank untuk menjelaskannya hari ini. Jika kita terpaksa menunggu hujung bulan, iaitu apabila mendapat gaji baru dapat bayar hutang, kita sebenarnya telah hidup dalam ketidaktentuan. Umpama nyawa di hujung tanduk lembu.

Tinggalkan kad kredit di rumah jika kita takut ianya mempengaruhi kita bagi membeli baju-baju dan persiapan raya yang di luar batasan keupayaan kita.

Jika tahun ini kita tidak mampu bagi membeli baju baru, tidak mengapa kerana syarat sah sembahyang hari raya bukannya terletak kepada baju baru ataupun baju lama. Kemeriahan hari raya juga masih kita rasai, kerana kemeriahan yang sebenarnya adalah di dalam kita sendiri. 

Selamat berbelanja secara tunai! Islam menegah/melarang umatnya yang berbelanja secara berhutang bukan kerana bagi sesuap nasi, tetapi bagi menjaga status ‘keegoaan’ yang ada pada diri kita.

“Bulan Ramadan belum sampai ke penghujungnya, ada yang sudah terjebat dengan dosa”

2 Comments

  • kart says:

    Assalamualaikum Tuan Sham.

    Zaman saya membiayai sambutan Aidilfitri dengan berhutang telah berlalu. Sekarang Era berbelanja secara tunai pula.

    Bajet untuk sambutan Aidilfitri saya ikut panduan Tuan Sham iaitu menggunakan kaedah sampul, jadi saya tak terasa bebanannya ,lagi seronok nak menyambut hari lebaran.

  • Waalaikummusalam Kart,

    Saya turut gembira melihat perubahan yang baik yang telah berlaku kepada saudari.

    Semoga kata-kata saudari itu menambahkan lagi semangat tetamu blog ini bagi menikmati hidup seperti pengalaman sebenar yang dilalui oleh saudari sekarang.

Leave a Reply