Pada hari Rabu 18 September 2008 yang lalu saya menyampaikan ceramah bertajuk “Persediaan Perbelanjaan Menghadapi Aidilfitri” di SUK Negeri Selangor. Terima kasih kepada Tuan Khairul Ashraff di atas undangan tersebut. Satu daripada isu yang saya utarakan adalah Baju Baru vs Baju Raya.
Ikuti kisah benar perbualan dua wanita yang hidup di dalam gaya hidup yang berbeza. Wanita pertama (A) yang tinggal di dalam sebuah rumah yang besar dan mempunyai halaman yang luas. Manakala wanita kedua (B) hanya tinggal di sebuah apartment.
“Sudah beli baju raya anak?” Tanya wanita A
“Baru beli separuh!” Jawab wanita B ringkas
“Berapa duit sudah habis beli baju raya itu? ” Wanita A ingin tahu lebih lanjut
“RM 100!’ Jawab wanita B bersahaja.
“Satu ratus sahaja!” wanita A terbeliak matanya
“Ya, belanja sikit-sikit, kenapa?” Wanita B keliru
“Saya sudah belanja lebih RM 3,000, itupun ada lagi yang hendak beli” kata wanita A
“Itu sahaja yang kami mampu, Puan lainlah orang kaya, mestilah belanja besar” kata wanita B
“Awak belanja raya RM 100 tunai, tetapi saya RM3,000 itu hutang! kata wanita A rendah diri.
Apakah yang dimaksudkan oleh wanita A dengan mengatakan dia berbelanja sebanyak RM3,000 tetapi secara berhutang?
Seorang wanita membeli baju baru untuk anak-anaknya, manakala seorang lagi wanita membeli baju raya untuk anak-anaknya.
Seorang wanita gembira kerana membeli baju baru secara tunai untuk hari raya, manakala seorang lagi membeli baju raya dengan berhutang.
Ajaran Islam mengalakkan manusia bagi memakai pakaian baru di hari raya dan bukannya memakai pakaian raya. Sebahagian pakaian raya tidak sesuai untuk dipakai lagi selepas hari raya, kerana fesyennya yang over ‘menunjuk-nunjuk’. Pakaian baru adalah pakaian yang dibeli ataupun ditempah yang mana ianya adalah pakaian harian, dimana pakaian ini dapat dipakai sepanjang masa.
Salam,
Jumlah perbelanjaan kita akan meningkat terutama sebelum musim perayaan. Adalah tanggungjawab kita sebagai muslim untuk tidak berbelanja berlebih-lebihan kelak akan merugikan diri.
AAA
http://www.binausahawan.com