Alhamdulilah, akhirnya buku yang dinantikan terbit juga di Indonesia. Buku yang bertajuk Hidup Tenang Walau Berutang adalah buku saya yang pertama yang telah diterbitkan di dalam bahasa Indonesia. Buku di pasaran Malaysia bertajuk Hidup Tenang Walaupun Berhutang.
Terima kasih Tuan Zamri Mohamad (rakan trainer dan penulis) yang memaklumkan kepada sahaja sekejap tadi. Ianya sememangnya berita baik yang ditunggu selama ini. Terima kasih kepada semua tetamu blog dan pembaca buku yang terus menerus memberikan sokongan.
Assalamualaikum Tuan Sham.
Tahniah. Tahniah. Tahniah dan Syabas Tuan Sham.
Buku ini telah menjadikan hidup saya `Tenang dan Beruntung’.
Terima kasih.
Assalamualaikum,
Penulisan saudara telah banyak membantu saya dan orang lain dalam menghadapi hidup dan kenal erti bersyukur
http://www.kisahjutawan.blogspot.com
Assalamualaikum.
Tuan Sham, tahniah daripada saya. Satu berita gembira yang sangat besar. Semoga kejayaan ini menjadi satu permulaan untuk kejayaan yang lebih besar.
Waalaikummusalam Kart,
Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.
Ianya terhasil di atas anugerah Allah dan doa, nasihat dan sokongan Tuan dan Puan semua yang saya amat hormati.
Waalaikummusalam Tuan Osman (Rakan Trainer yang saya amat muliakan)
Terima kasih Tuan, saya termotivasi dengan kata-kata keramat itu, semoga kejayaan besar itu memudahkan orang lain hidup bahagia dan tenang sepanjang masa.
Tahniah Tuan Sham buku ni memang bagus dan memang patut dibaca oleh setiap orang. Saya juga turut mencadangkannya kepada mak saya untuk membacanya setelah mak membaca buku “Makan Gaji Tetapi Kaya” yang di jumpai dalam kereta saya.